Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Konsep Kampung Nelayan julang PAS Tumpat sebagai johan gerai terbaik
utama

Konsep Kampung Nelayan julang PAS Tumpat sebagai johan gerai terbaik


Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 28 Mac – Konsep Kampung Nelayan yang diketengahkan PAS Kawasan Tumpat berjaya mencuri perhatian juri sekali gus menjulang kawasan itu sebagai johan gerai terbaik sempena Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan 2026.

Program tersebut berlangsung di Dataran Warisan Stadium Muhammad IV, hari ini.

Kemenangan tersebut menyaksikan PAS Tumpat membawa pulang piala pusingan dan plak penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti dan keunikan gerai yang ditampilkan.

Ahli Parlimen Tumpat YB Dato’ Mumtaz Md Nawi merakamkan ucapan tahniah kepada PAS Kawasan Tumpat atas kejayaan dinobatkan sebagai juara gerai terbaik 1447H.


Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Rumah Terbuka PAS Kelantan.

Menurutnya, komitmen dan kerjasama semua pihak telah memastikan program tersebut berlangsung dengan lancar, meriah dan mencapai objektif penganjurannya.

Sementara itu, wakil pasukan dekorator reruai Muhammad Ihsan Husain berkata, pemilihan konsep tersebut bertepatan dengan identiti Tumpat yang sinonim sebagai kawasan perkampungan nelayan serta dekat dengan kehidupan masyarakat pesisir pantai.

Menurutnya, konsep Kampung Nelayan membawa mesej yang lebih mendalam berkaitan kehidupan rakyat dan nilai kebersamaan.

“Di perkampungan nelayan, wujud pelbagai aktiviti ekonomi tradisional seperti pembuatan budu, ikan kering dan keropok yang menjadi sumber rezeki penduduk setempat.


“Lebih penting, ia memperlihatkan semangat gotong-royong, perpaduan serta keharmonian masyarakat majmuk yang menjadi kekuatan negeri Kelantan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya lagi, selari dengan tema “Set Kito Jange Pecoh”, gerai tersebut turut menampilkan gambaran masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira kaum.

Jelasnya, identiti “orang Kelantan” melangkaui batas kaum merangkumi Melayu, Cina, India dan Siam yang hidup sebagai satu komuniti dalam suasana harmoni.

Tambahnya, elemen kebudayaan dan kesenian seperti wau bulan, permainan tradisional serta peralatan lama turut diketengahkan bagi menonjolkan kekayaan warisan negeri.

“Penggunaan bahan semula jadi dan barangan tradisional dalam hiasan turut mewujudkan suasana kampung yang lebih hidup dan autentik.

“Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati sendiri kehidupan sebenar di perkampungan nelayan,” ujarnya.

Selain itu, gerai tersebut turut mempamerkan bahan-bahan asas dalam penyediaan nasi dagang sebagai simbolik kepada kepentingan kesatuan dalam masyarakat.

“Setiap bahan mempunyai peranan tersendiri. Jika tidak lengkap, maka tidak akan terhasil nasi dagang yang sempurna.

“Begitu juga dalam kehidupan, tanpa kesatuan dan kerjasama, tidak akan wujud kekuatan sebenar dalam kalangan masyarakat,” katanya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook