Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Laporan Ketua Audit Negara dedah kelemahan tadbir urus, kos projek melonjak ratusan juta
utama

Laporan Ketua Audit Negara dedah kelemahan tadbir urus, kos projek melonjak ratusan juta

Abdul Latiff Abdul Rahman

Oleh: Irham Hilmi Hashim

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Isu ketirisan dan kelemahan tadbir urus kewangan melibatkan beberapa kementerian serta agensi kerajaan mencuri tumpuan dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu, susulan pendedahan peningkatan kos projek dan perbelanjaan tidak efisien.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Krai YB Abdul Latiff Abdul Rahman berkata dapatan audit menunjukkan wujud kelemahan berulang dalam pelaksanaan projek dan pengurusan peruntukan awam yang memerlukan tindakan pembetulan segera serta mekanisme pemantauan lebih berkesan.

Menurutnya, situasi tersebut menimbulkan keresahan apabila rakyat berdepan tekanan kos sara hidup dan terpaksa berbelanja secara berhemah, sedangkan terdapat projek kerajaan yang mencatatkan peningkatan kos mencecah ratusan juta ringgit.

“Jurang persepsi antara kesusahan rakyat dan gambaran kemewahan pentadbiran perlu ditangani melalui langkah pembaikan tadbir urus yang jelas dan tegas,” katanya ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan berkenaan.

Antara isu utama yang dibangkitkan ialah projek di bawah Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), termasuk pembangunan Lot 61 Bangsar yang dilaporkan mengalami kelewatan sehingga 1,731 hari selain peningkatan kos berjumlah RM313.44 juta.

Beliau turut memaklumkan bahawa kos pembinaan tempat letak kereta bagi projek tersebut meningkat secara signifikan sehingga menjadikan jumlah keseluruhan kos mencecah RM362.73 juta.

Selain itu, laporan audit mendedahkan kelemahan serius dalam pengurusan projek Mayang Mall yang mencatatkan peningkatan kos sebanyak RM274.38 juta serta kerugian tuntutan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM12.88 juta.

Kerugian tersebut berpunca daripada keputusan PHB melepaskan kontraktor gagal melalui kaedah Penamatan Bersama, yang menyebabkan hak menuntut pampasan kelewatan tidak dapat diteruskan. Keadaan tersebut, menurut beliau, menimbulkan persoalan berkaitan tahap akauntabiliti dalam mengurus dan memelihara dana pelaburan Bumiputera.

Dalam perbahasan sama, kewujudan 62 syarikat milik kerajaan berstatus dorman melebihi lima tahun tetapi masih melibatkan perbelanjaan sebanyak RM92.06 juta turut diberi perhatian.

Perbelanjaan berkenaan merangkumi kos pentadbiran, fi audit dan caj kewangan walaupun syarikat terbabit tidak lagi beroperasi secara aktif.

Beliau turut menegaskan bahawa pengurusan dana awam menuntut tahap amanah dan integriti yang tinggi, selaras dengan prinsip tadbir urus baik.

“Sebarang salah guna kuasa atau penyelewengan, tanpa mengira bentuk dan alasan, bertentangan dengan prinsip tadbir urus yang baik serta nilai moral yang dijunjung masyarakat,” tegasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook