Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Madinah Ramadan cecah usia 34 tahun
utama

Madinah Ramadan cecah usia 34 tahun

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Program Madinah Ramadan kini mencapai usia 34 tahun berjaya menghimpunkan hampir 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, program tersebut merupakan acara tahunan kerajaan negeri yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Katanya, Madinah Ramadan turut menjadi lokasi kunjungan pelancong sempena Ramadan di Kelantan.

“Madinah Ramadan mula diperkenalkan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ia terus kekal sehingga hari ini.

“Program itu bermula secara sederhana berhampiran stesen bas SKMK di bandar Kota Bharu dengan hanya sebuah khemah kecil menyediakan juadah berbuka dan tempat solat.

“Ketika itu, makanan turut disumbang peniaga untuk dikongsi bersama musafir dan orang ramai,” katanya pada sesi sembang santai Perantau Pulang, Kita Raikan, Raya Sakan disiarkan secara langsung di laman Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan hari ini.

Menurutnya Madinah Ramadan mendapat sambutan menggalakkan bermula dengan sebuah khemah kecil dikenali Qaryah Ramadan, kini disediakan ruang lebih besar di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

Beliau juga berkata, kehadiran tokoh-tokoh tertentu termasuk selebriti dakwah, mampu menarik lebih ramai pengunjung.

Katanya juga penyediaan juadah berbuka puasa sekitar 1,000 pek setiap hari meningkat sehingga 1,500 pek pada hujung minggu.

“Pelbagai pengisian turut diadakan sepanjang Ramadan termasuk Daurah al-Quran, pengajian tafsir, kuliah agama serta penglibatan asatizah dari seluruh Kelantan.

“Turut diadakan program khas melibatkan golongan belia dan muslimat serta forum isu semasa. Setiap malam juga diadakan tazkirah oleh pimpinan kerajaan negeri dan pengkuliah jemputan,” ujarnya.  

Menurutnya Madinah Ramadan bukan sekadar tempat berbuka puasa, solat Tarawih dan ukhuwah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat sepanjang Ramadan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook