Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MB nasihat kurang aktiviti luar di musim kemarau
utama

MB nasihat kurang aktiviti luar di musim kemarau

 
Oleh Salmah Mat Husain | Foto Asri Hazim

KOTA BHARU: Orang ramai dinasihatkan menjaga kesihatan dan mengurangkan aktiviti luar, khususnya pada waktu tengah hari jika tiada keperluan mendesak berikutan cuaca panas dan kering sekarang.

Menteri Besar (MB) Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kemarau yang melanda Kelantan sekarang berada pada tahap agak membimbangkan sehingga boleh menjejaskan kehidupan rakyat.

Menurut beliau, cuaca panas melampau turut menyebabkan kejadian kebakaran kerap berlaku khususnya melibatkan kawasan semak samun yang kering.

“Ada juga kejadian berpunca daripada putung rokok yang dibuang perokok tanpa dipadam sepenuhnya, api kecil boleh merebak menjadi kebakaran besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pemberita pada majlis Hari Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.

Beliau turut berkongsi pengalaman kejadian kebakaran yang berlaku secara tiba-tiba di kawasan semak berhampiran jalan ke Masjid Meranti baru-baru ini.

Kata beliau api tersebut dipercayai bermula secara kecil sebelum merebak dengan cepat akibat keadaan cuaca kering.

“Alhamdulillah, anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal kebakaran tersebut dengan baik,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka.

“Perokok diingatkan memastikan putung rokok dipadam sepenuhnya sebelum dibuang bagi mengelakkan sebarang risiko kebakaran. Namun sebaik-baiknya, elakkan merokok,” tambah beliau.

Beliau juga berkata, Dewan Ulamak PAS di peringkat kawasan akan menganjurkan solat sunat istisqa dalam masa terdekat sebagai usaha memohon hujan daripada Allah SWT.

Katanya, rakyat hendaklah terus berdoa supaya diturunkan hujan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi cuaca panas yang berpanjangan.

Baru-baru ini media melaporkan Fasa Peralihan Monsun 2026 dijangka bermula pada 29 Mac dan berterusan sehingga Mei hadapan.

Ia menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut. Sepanjang tempoh tersebut membawa cuaca panas dan kering di utara semenanjung sehingga pertengahan April, diikuti ribut petir dan hujan lebat.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook