Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 PAS Tumpat menang Piala Pusingan gerai terbaik
utama

PAS Tumpat menang Piala Pusingan gerai terbaik


KOTA BHARU: Piala pusingan gerai terbaik yang menjadi rebutan setiap PAS kawasan di Kelantan sempena Hari Terbuka PAS tahun ini dimenangi PAS Tumpat.

Beberapa kriteria ditetapkan bagi melayakkan PAS kawasan menggondol piala tersebut termasuk hiasan terbaik, susun atur menarik dan pelbagai lagi.

PAS Tumpat merampas piala tersebut daripada PAS Machang yang memenangi piala tersebut tahun lepas. Tahun ini PAS Tumpat berjaya membawa balik piala pusingan terbabit setelah dinobatkan sebagai juara.

Tempat kedua PAS Kubang Kerian dan di kedudukan ketiga PAS Ketereh.Sebanyak 14 PAS kawasan di Kelantan menyertai pertandingan terbabit dengan menyediakan pelbagai juadah raya seperti ditetapkan jawatankuasa induk Rumah Terbuka PAS Kelantan 2026 (1447).

Piala pusingan tersebut disampaikan Pesuruhjaya PAS negeri Dato Bentara Setiia Ustaz Ahmad Yakob.

Manakala pertandingan teh tarik, tempat pertama dimenangi peserta mewakili PAS Kota Bharu, kedua Pasir Puteh dan ketiga Pasir Mas.Juri pertandingan mewakili kaum Melayu, Cina dan India. 

Pertandingan roti jala berhias, pasukan PAS Bachok menarik perhatian juri apabila diumumkan sebagai pemenang pertama dengan mengumpul 88 peratus markah.

Kedua peserta dari PAS Kuala Krai (82.6 peratus dan ketiga peserta dari PAS Kubang Kerian (80 peratus). Ketiga tiga pertandingan tersebut mengamatkan suasana sambutan rumah terbuka PAS Kelantan.

Ribuan rakyat Kelantan menghadiri program terbabit sehingga berlaku kesesakan lalu lintas di semua jalan utama sekitar kawasan berkenaan.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook