Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Perpecahan dalaman punca umat Islam lemah
utama

Perpecahan dalaman punca umat Islam lemah



KOTA BHARU: Sejarah kejatuhan kerajaan Othmaniah pada tahun 1924 kerana berlaku  perpecahan dalaman hendaklah menjadi iktibar umat Islam sekarang.

Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob berkata, tanpa kesatuan ummah menyebabkan umat Islam hilang kekuatan sehingga empayar yang dibina runtuh.

Oleh itu katanya umat Islam hendaklah membina kekuatan dengan keimanan bagi menghadapi cabaran semasa yang berlaku sekarang.

"Umat Islam hendaklah bersatu padu walaupun di mana sahaja berada termasuk dalam masyarakat majmuk di negara ini," katanya pada amanah sempena Hari Ternuka PAS Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Dato Panglima Perang Ustaz Mohd Nassurudin Daud, Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Perikatan Nasional Dato Seri Takiyuddin Hassan, Pengerusi Bersatu Kelantan Dato Kamarudin Md Nor, Ketua Penerangan PAS Negeri Ustaz Mohd Asri Mat Daud.

Turut hadir wakil Gerakan, pondok, Sami Buddha, masyarakat India dan badan-badan bukan kerajaan.

Ustaz Mohd Nassurudin pula berkata, masyarakat majmuk di Kelantan seumpama satu keluarga yang bernaung di bawah kerajaan Islam.

"Sekarang Kelantan diterajui di bawah dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam membolehkan masyarakat hidup keadaan harmoni dan bahagia," katanya. 


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook