Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan perkukuh tahap sekuriti makanan negara
utama

Kelantan perkukuh tahap sekuriti makanan negara

 

PASIR PUTEH: Kerajaan Kelantan berusaha memperkukuh tahap sekuriti makanan negara dalam sektor pengeluaran susu kambing segar tempatan.

Langkah itu juga bukan sahaja mengurangkan kebergantungan import, malah membuka ruang kepada pengukuhan ekonomi luar bandar.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, bagi melaksanakan program tersebut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan menerima peruntukan RM1 juta daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Katanya, dana tersebut disalurkan untuk memperkukuh penyertaan penternak kecil melalui pembangunan ternakan kambing tenusu yang lebih terancang, mampan dan berdaya saing.

Menurut beliau, langkah itu juga bertujuan meningkatkan pengeluaran susu segar tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada produk import.

“Daripada jumlah keseluruhan peruntukan, sebanyak RM500,000 digunakan bagi perolehan 89 ekor kambing tenusu import dari Australia melibatkan 74 induk dan 15 pejantan.

“Kambing tersebut akan diagihkan kepada 16 penternak terpilih. Penternak sedia ada menerima antara lima hingga lapan ekor, manakala penternak baharu menerima dua hingga tiga ekor,” katanya ketika merasmikan Majlis Gimik Penyerahan Bantuan Kambing Tenusu 2026 di sini petang semalam.

Seramai 16 penternak dari enam jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Tumpat dan Bachok menerima manfaat daripada inisiatif tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Dr Yahasmida Yaacob berkata, program berkenaan sebahagian daripada pelan berterusan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran susu kambing tempatan.

Menurutnya, inisiatif tersebut turut menyumbang kepada jaminan bekalan susu segar berkualiti dan selamat kepada pengguna.

“Bantuan ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin termasuk dari aspek pemakanan, penjagaan kesihatan ternakan serta pengurusan rekod pengeluaran.

“Kejayaan projek amat bergantung kepada komitmen dan kesungguhan penternak dalam mengusahakan ternakan secara sistematik dan berdaya maju,” katanya.

Kata beliau juga pihaknya akan terus menyediakan khidmat nasihat teknikal serta pemantauan berkala bagi memastikan projek mencapai objektif yang ditetapkan.

 


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook