Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Rakyat Palestin ditindas sejak dahulu
utama

Rakyat Palestin ditindas sejak dahulu

Oleh: Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Umat Islam diingatkan tidak melupakan penderitaan saudara seagama di Palestin dan negara-negara lain yang terus diuji dengan penindasan berpanjangan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Nik Bahrum Abdullah berkata, ujian yang menimpa umat Islam di sana bukan bersifat sementara, sebaliknya berlaku sejak sekian lama.

Katanya, keadaan itu menuntut umat Islam di seluruh dunia lebih peka dan tidak sekadar mengetahui tanpa mengambil peduli terhadap nasib saudara seagama.

Menurutnya, Rasulullah saw bersabda perumpamaan orang beriman dalam kasih sayang sesama mereka seperti satu tubuh, di mana apabila satu anggota sakit, seluruh tubuh turut merasainya.

“Adakah kita benar-benar merasai kesakitan atau sekadar mengetahui tanpa mengambil peduli?” katanya ketika menyampaikan khutbah Aidilfitri di Madinah Ramadan, di sini semalam.

Solat sunat Aidilfitri diimamkan Sheikh Hisham Abdul Bari.Turut hadir mantan Syeikh Umum al-Maqari’ al-Misriyyah, iaitu Ketua dan Rujukan Utama pusat-pusat mengaji al-Quran di seluruh Mesir Dr Ahmad Isa al-Ma’sarawy HafizahulLah.

Nik Bahrum juga berkata, Islam bukan sekadar ibadat peribadi, tetapi agama yang menuntut kita memikul tanggungjawab terhadap umat.

Beliau turut menegaskan kegagalan untuk membantu menunjukkan kelemahan umat dalam menghayati ajaran Islam yang sebenar.

Menurutnya Rasulullah saw mengingatkan sesiapa yang tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka.

“Jangan kita hanya menjadi umat yang gembira, tetapi jadilah umat yang sedar bahawa setiap nikmat akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT,” katanya.

Beliau turut mengajak umat Islam agar tidak hanya berdoa, sebaliknya berazam untuk menjadi lebih baik serta terus menyokong perjuangan umat Islam di seluruh dunia, khususnya di Palestin.

Beliau turut berkata, Syawal yang diraikan umat Islam merupakan simbol kemenangan selepas menempuh Madrasah Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook