Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Wakil rakyat Takbai meriah raya Dun Pengkalan Kubor
utama

Wakil rakyat Takbai meriah raya Dun Pengkalan Kubor

 
Oleh Salmah Mat Husain |

TUMPAT: Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Pengkalan Kubor turut dihadiri wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan dari Takbai serta Narathiwat.

Antaranya wakil rakyat Takbai, Afendi Putih; Pegawai Daerah Takbai, Kritsada Suksabai; Ketua Polis Daerah Takbai, Pol Col Pakwad Wansanook; Ketua Jabatan Kastam, Napatsorn Tongting.

Turut hadir Ketua Imigresen Takbai, Pol. Sub Lt. Yahya Samad dan Pol. Sub Lt. Ramulee Samae serta pegawai Pasukan Marin Takbai, Pol. Sub Lt. Watchara Maengpracha.

Selain itu masyarakat Siam dan Cina tempatan turut memeriahkan rumah terbuka tersebut yang diadakan di Pantai Sri Tujoh, dekat sini semalam.

Pelbagai juadah disediakan termasuk nasi gulai kawah, takoyaki, mee kuah serta hidangan dari selatan Thailand.

Adun Pengkalan Kubor, Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, perbelanjaan rumah tersebut disumbang Unit Daerah Mengundi (UDM) di Dun Pengkalan Kubor dan Pusat Khidmat Dun.

Katanya, rumah terbuka tersebut mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang.

“Majlis ini bukan sahaja meraikan Aidilfitri, tetapi menjadi medan mengukuhkan hubungan antara kaum serta mempererat ukhuwah,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Dun Pasir Pekan, Kelaboran dan Wakaf Bharu turut mengadakan rumah terbuka serentak semalam.

Dun Wakaf Bharu menganjurkan program itu pada sebelah malam bertempat di Taman Rekreasi Puteri Saadong.

Rumah Terbuka Dun Kelaboran diadakan di kediaman Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan. Manakala majlis Hari Raya Aidilfitri Dun Pasir Pekan diadakan di Wisma Ibaddurahman, Kampung Paloh.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook