Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Wanita berdepan pelbagai cabaran semasa
utama

Wanita berdepan pelbagai cabaran semasa

 

Oleh Intan Lestari |

KOTA BHARU: Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, kerajaan Kelantan terus berusaha mengangkat martabat wanita bagi memperkukuhkan institusi keluarga serta menyokong peranan wanita dalam pelbagai bidang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Dato’ Rohani Ibrahim berkata, langkah itu diambil demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negeri.

“Semoga setiap wanita terus diberikan kekuatan, kesabaran dan keberkatan dalam menggalas amanah yang besar dalam kehidupan.

“Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2026. Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara,” katanya pada kenyataan semalam.

Tanggal 8 Mac setiap tahun disambut Hari Wanita Sedunia sebagai tanda penghargaan kepada peranan besar wanita dalam membina keluarga, masyarakat dan negara.

Rohani juga berkata, wanita bukan sekadar pelengkap kehidupan, bahkan menjadi tunjang kekuatan institusi keluarga, pendidik generasi dan penyumbang penting kepada pembangunan ummah.

Kata beliau dalam Islam, kedudukan wanita dimuliakan dengan peranan yang sangat besar dalam melahirkan generasi yang beriman, berilmu dan berakhlak.

“Sebagaimana sabda Nabi SAW bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu, menunjukkan betapa tingginya darjat wanita dalam Islam,” ujarnya.

Ketua Muslimat PAS Kelantan Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff turut merakam penghargaan kepada seluruh wanita yang memainkan peranan besar dalam membina keluarga, memperkukuh masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Kata beliau wanita bukan sekadar pelengkap kehidupan, bahkan merupakan tonggak penting dalam pembinaan generasi.

“Dari rahim seorang wanita lahirnya pemimpin, ulama, pejuang dan insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

“Sejarah Islam membuktikan bahawa wanita turut memainkan peranan besar dalam perjuangan dakwah. Wanita menjadi pendidik dalam keluarga, penyokong kepada perjuangan kebenaran serta penggerak kepada kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan,” ujarnya.

Bagaimanapun kata beliau dalam menghadapi realiti dunia hari ini, wanita berdepan dengan pelbagai cabaran seperti keruntuhan nilai moral, tekanan ekonomi serta pengaruh ideologi yang cuba memisahkan wanita daripada nilai agama.

Oleh itu beliau mengajak wanita Islam terus memperkukuhkan jati diri, menuntut ilmu, memelihara akhlak serta memperkukuh kefahaman Islam agar mampu menjadi benteng kepada keluarga dan masyarakat.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook