Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Bina asrama bantu pelajar ulang alik dari Thailand
utama

Bina asrama bantu pelajar ulang alik dari Thailand

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mencari kaedah bagi memastikan pelajar dari kawasan sempadan berstatus warganegara yang menetap di Thailand dapat meneruskan pembelajaran di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, antara langkah menyediakan penempatan khas termasuk asrama bagi mengatasi masalah pergerakan pelajar yang berulang-alik ke sekolah di Rantau Panjang.

Katanya, pelajar-pelajar terbabit merupakan warganegara Malaysia walaupun mereka menetap di Thailand.

“Mereka berhak untuk mendapat pendidikan di negara ini. Kerajaan negeri mencari kaedah terbaik supaya pelajar berkenaan dapat belajar tanpa berdepan kekangan termasuk isu perundangan.

“Setiap penyelesaian perlu dirangka dengan cermat memandangkan ia melibatkan aspek undang-undang,” katanya selepas merasmikan pembukaan outlet Ahmad’s Fried Chicken di Bandar Baru Tunjong semalam.

Baru-baru ini media melaporkan 34 pelajar berusia antara tujuh hingga 16 tahun ditahan selepas dipercayai menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram untuk datang ke sekolah di Rantau Panjang.

Isu tersebut mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak dan menuntut penyelesaian menyeluruh bagi menjamin hak pendidikan pelajar terlibat terus terpelihara.

Dr Mohamed Fadzli juga berkata, kerajaan negeri sedang meneliti pendekatan lebih tersusun dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Yayasan Islam Kelantan serta pihak berkaitan.

Menurutnya juga peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan anak-anak yang tinggal di kawasan sempadan dapat meneruskan persekolahan.

“Kita tidak mahu pembelajaran mereka terhenti. Apa jua kaedah yang ditetapkan nanti, ibu bapa perlu patuh demi masa depan anak-anak,” katanya.


 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook