Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dun Salor destinasi pelancongan makanan
utama

Dun Salor destinasi pelancongan makanan

 
Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor berpotensi dimajukan sebagai destinasi pelancongan makanan (food tourism) kerana keunikan identiti tempatan.

Antaranya Akok Salor yang mempunyai keunikan tersendiri, di mana sering menjadi sebutan ramai terutamanya pada bulan Ramadan.

Selain itu sepanjang Jalan Salor lama terdapat banyak kedai makanan tradisional termasuk nasi kerabu dan nasi ulam yang sudah lama dikenali ramai.

Adun Salor, Saizol Ismail berkata, direktori makanan atau ‘food trail’ wajar disediakan bagi memudahkan pelancong mengenal pasti lokasi menarik.

“Selain itu, aktiviti jualan tepi jalan seperti ikan darat, siput dan hasil tani lain terutama pada musim tengkujuh perlu diberi perhatian semula.

“Akok Salor menjadi sebutan ramai sehingga pelanggan datang dari pelbagai tempat. Begitu juga kedai nasi kerabu, nasi ulam dan pelbagai makanan kampung lain,” katanya di sini.

Menurutnya, Kedai Nasi Ulam Ummi dan Nasi Kerabu Ayam Bakar antara kedai makan yang sering menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong di Dun Salor.

Saizol juga berkata, keistimewaan tersebut perlu dipromosi secara meluas bagi menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.

“Usaha untuk menarik lebih ramai pelancong perlu seiring dengan penyediaan kemudahan asas yang baik, promosi berkesan serta penyusunan semula lokasi perniagaan,” ujarnya.

Selain itu aspek kebersihan, kualiti makanan dan harga mampu milik perlu dipertahankan  bagi mengekalkan lokasi berkenaan sebagai tarikan pelancong.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook