Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Elak hak eksekutif Kelantan dinafikan
utama

Elak hak eksekutif Kelantan dinafikan

 
Oleh A Rahman Haron |

KOTA BHARU: Kelantan memastikan penerimaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 tidak mengulangi apa yang berlaku terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974 apabila royalti dinafikan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, sekiranya menerima pakai akta tersebut, kerajaan negeri perlu menyerah sepenuhnya hak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Persekutuan.

"Kerajaan negeri tidak mahu pisang berbuah tiga kali dan tidak ingin disengat berkali-kali, kita ada sejarah setelah menerima Akta Petroleum sehingga kini tidak menerima royalti lima peratus.

"Kita juga menerima Akta Migrasi Air tetapi perjalanan tidak seperti diharapkan," katanya di sini.

Menurutnya juga kerajaan negeri mempunyai ruang lain untuk mendapatkan geran kerajaan Persekutuan bagi menambah baik kerja-kerja pembersihan di 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan.

Beliau berkata, perkara itu terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 82 yang membolehkan kerajaan Persekutuan membiayai perkhidmatan tersebut dengan beberapa syarat.

Kata beliau Persekutuan membiayai projek negeri berkaitan kebersihan awam dan kesihatan awam dengan syarat projek tersebut melaksanakan dasar ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

"Sepatutnya Persekutuan menyalurkan bantuan kepada negeri untuk menjalankan kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara kediri," katanya.

Menurutnya juga kerajaan negeri akan mengadakan rundingan dengan Persekutuan dengan memastikan tidak hilang kuasa eksekutif negeri kepada pihak konsesi.

Hilmi berkata, sekiranya kerajaan negeri menerima pakai akta tersebut tidak perlu lagi menanggung kos pengurusan yang begitu tinggi.

"Sekarang kos pembersihan 12 PBT sekitar RM50 juta setahun menyamai 30 peratus daripada kos sebenar yang kita perlu laburkan bagi memastikan Kelantan sentiasa bersih," kata beliau.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook