Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

     Jawatankuasa khas selesai pemilikan tanah peneroka Kesedar
utama

Jawatankuasa khas selesai pemilikan tanah peneroka Kesedar

 

Oleh A Rahman Haron 

KOTA BHARU: Kerajaan negeri bersetuju menubuh Jawatankuasa Khas Tanah Kesedar bagi membincangkan dan mencari penyelesaian menyeluruh terhadap masalah pemilikan tanah kepada peneroka di bawah agensi itu di Gua Musang.

Menteri Besar, Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, langkah itu dibuat selepas isu tersebut dibangkitkan oleh beberapa Adun termasuk Melor Wan Rohimi Wan Daud.

"Isu berkaitan Kesedar dan tanah peneroka yang dibangkitkan oleh Adun Melor, Nenggiri dan Galas, menzahirkan ada beberapa isu berbangkit yang belum selesai, justeru kita bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa berkenaan.

"Usaha ini bagi membincangkan serta mencari penyelesaian menyeluruh terhadap isu-isu yang berbangkit khususnya berkaitan pemberi milikan tanah kepada peneroka," katanya pada sidang Dun semalam.

Wan Rohimi pada sesi perbahasan Titah Diraja baru-baru ini membangkitkan isu projek Agropolitan Kelantan Selatan di Rantau Manis, Gua Musang bagi membolehkan peserta keluar daripada belenggu kemiskinan.

Beliau mencadangkan agar kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menilai semula penyertaan wakil negeri dalam lembaga Kesedar di bawah seksyen 51 Akta Lembaga Kemajuan Tanah Kelantan Selatan 1978.

Selain itu meminta kerajaan negeri melalui jawatankuasa tersebut mengambil semula semula tanah-tanah yang tidak ada peneroka dan gagal dibayar premium tanah yang berjumlah RM7.1 juta pada tahun 2024.

"Ketiga, mengambil balik tanah-tanah yang ada peneroka tetapi tidak dibayar premium untuk memberi semula kepada peneroka.

"Keempat mengenakan cukai tanah yang tinggi kepada pemilikan langsung tanah-tanah atas nama agensi persekutuan yang tidak ada peneroka," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan negeri menuntut peratus keuntungan profit sharing di atas tanah-tanah yang dijadikan ladang oleh agensi pembangunan persekutuan namun tidak mempunyai peneroka.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook