Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kenyataan pemimpin Amanah sekadar retorik politik
utama

Kenyataan pemimpin Amanah sekadar retorik politik

 
Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Pendekatan Perikatan Nasional (PN) ketika mentadbir negara pada era pandemik Covid-19 mengutamakan perlindungan sosial rakyat dalam tempoh jangka pendek.

Keutamaan kerajaan ketika itu memberi kelegaan segera kepada rakyat, menstabilkan ekonomi dan memulihkan keyakinan rakyat.

Begitu juga menyediakan mekanisme ‘shock absorber’ seperti moratorium berskala besar atau bantuan tunai sangat signifikan.

Sebaliknya, pendekatan kerajaan Madani sekarang lebih tertumpu kepada pengukuhan fiskal melalui rasionalisasi subsidi dan pengurangan perbelanjaan kerajaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, pendekatan era kerajaan PN terbukti lebih pragmatik dan berkesan berbanding pendekatan sekarang.

Katanya langkah kerajaan Madani mungkin mempunyai justifikasi jangka panjang, namun pelaksanaannya ketika rakyat berdepan kos sara hidup tinggi memberi tekanan.

“Pengurangan subsidi diesel dan kenaikan kos utiliti memberi kesan langsung kepada harga barangan keperluan harian dan perkhidmatan.

“Malah pelaksanaan bantuan bersasar dilihat ada kelemahan apabila sebahagian rakyat tercicir akibat kekangan birokrasi dan syarat kelayakan,” katanya pada kenyataan.

Baru-baru ini Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil dilapor berkata, PAS tidak perlu membawa teori ekonomi yang begitu simplistik lagi tidak realistik.

Menurutnya rakyat perlu menilai kaedah dan ‘formula’ simplistik PAS menangani krisis kerana ia amat jelas berbahaya kepada kestabilan ekonomi negara.

Firdaus berkata, kenyataan pemimpin Amanah pendekatan PAS sebagai simplistik dan berbahaya hanya sekadar retorik politik.

Katanya, pendekatan kerajaan PN ketika pandemik terbukti lebih cekap, pantas dan tersusun berbanding pendekatan kerajaan Madani sekarang.

Begitu juga kata beliau pengalaman kepimpinan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak boleh diketepikan dalam menilai keupayaan PAS dalam pengurusan krisis.

“Ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, beliau berdepan kekangan kewangan termasuk pengurangan royalti petroleum, namun tetap berjaya mengekalkan kestabilan pentadbiran.

“Dasar kebajikan rakyat seperti bantuan kepada golongan miskin serta pengukuhan institusi pendidikan Islam terus dilaksanakan walaupun sumber terhad,” katanya.

Menurut beliau, ketika pandemik Covid-19 melanda kerajaan PN melaksana pakej seperti PRIHATIN dan PENJANA membuktikan pendekatan mengutamakan kelangsungan hidup rakyat.

“Bantuan tunai langsung seperti Bantuan Prihatin Nasional membantu rakyat menampung keperluan asas ketika sumber pendapatan terjejas.

“Moratorium automatik tanpa syarat merupakan antara langkah paling signifikan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat serta menstabilkan ekonomi domestik,” ujarnya.


 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook