Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Lebih 8,000 pelatih sertai PPWK sejak 2005
utama

Lebih 8,000 pelatih sertai PPWK sejak 2005

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Lebih 4,500 daripada 8,000 pelatih yang berdaftar dengan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) sejak tahun 2005 berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Dato' Rohani Ibrahim berkata, pencapaian itu membuktikan sambutan amat menggalakkan terhadap program kemahiran wanita yang digerakkan kerajaan negeri.

Menurutnya, rekod sepanjang 21 tahun menunjukkan PPWK kekal relevan dalam usaha melahirkan tenaga mahir dan usahawan wanita di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Sejak tahun 2005 hingga 2026, lebih 8,000 pelatih berdaftar di bawah PPWK,” katanya ketika merasmikan Program Sehari Bersama Pelatih PPWK 2026 di sini, semalam.

Beliau menjelaskan bidang kemahiran seperti jahitan, sulaman dan kerja tangan mendapat tempat dalam kalangan wanita sebagai kerjaya bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

Menurutnya ramai alumni PPWK kini menjana pendapatan sendiri hasil kemahiran yang dipelajari sepanjang tempoh latihan.

Rohani turut menasihatkan pelatih jahitan Darul Niswah (PPWK) di seluruh negeri menamatkan latihan masing-masing bagi memastikan ilmu kemahiran dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Belajar biarlah sampai tamat. Sekurang-kurangnya mampu menyiapkan sehelai baju dengan sempurna. Itu tanda kita benar-benar faham asas yang dipelajari,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pelatih agar tidak mudah berputus asa atau berasa bosan apabila ditegur oleh tenaga pengajar.

Katanya, bimbingan guru memainkan peranan penting bagi melahirkan pelajar yang berjaya dengan syarat mereka mempunyai keinginan untuk cemerlang.

Turut hadir Adun Limbongan, Nor Asilah Mohd Zin dan Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) Ilvira Mohd Dasuki.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook