Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Lokasi ikonik kini kurang pengunjung
utama

Lokasi ikonik kini kurang pengunjung

 

Oleh A Rahman Haron |

KOTA BHARU: Beberapa pusat membeli-belah di sini masih boleh bertahan, malah terus mencatat peningkatan jualan antaranya AEON Mall, Mydin Mall dan Lotus.

Selain itu Pasar Raya Bilion yang melaksanakan transformasi berjaya mencatat jualan lebih baik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Kamarudin Md Nor bagaimanapun berkata, beberapa lokasi ikonik suatu ketika dahulu mengalami kekurangan pengunjung.

Katanya, situasi yang berlaku itu boleh menjejaskan kedatangan pelancong sekiranya tidak ditangani sebaik mungkin.

“Semua pasar raya tersebut milik swasta, ada yang datang mohon bantuan kita dalam bentuk cadangan dan permohonan mengadakan program bersama.

"Antara yang datang jumpa mencadangkan mengadakan program bersama iaitu  Pasaraya AEON, alhamdulillah mereka agak agresif dalam marketing," katanya di sini.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini Adun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman melahirkan kebimbangan urusniaga Pasar Borong Wakaf Che Yeh tidak lagi semeriah dahulu.

Kamarudin berkata, pihaknya mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam bagi memastikan ikonik pelancongan tersebut terus bertahan.

Bagaimanapun katanya, berbeza dengan Dataran MPKB-BRI di pusat bandar kini mendapat sambutan menggalakkan dan menjadi tumpuan pelancong pada waktu malam.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook