Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Mushaf Darulnaim dilengkapi terjemahan jawi
utama

Mushaf Darulnaim dilengkapi terjemahan jawi

KOTA BHARU: Mushaf Darulnaim merupakan satu-satunya mushaf dilengkapi terjemahan jawi per kata yang disusun berasaskan Resm Uthmani bagi membantu pembaca memahami al-Quran dengan lebih jelas.

Mushaf tersebut diterbit Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan dilancar Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud di Kota Darulnaim pada 8 Januari lalu.

Mushaf berkenaan turut dihiasi elemen kesenian dan kebudayaan Kelantan yang menyerlahkan identiti negeri.

Selain itu, disusun mengikut Resm Uthmani versi baharu bagi memastikan ketepatan serta keseragaman teks al-Quran.

Dan baru-baru ini mushaf itu disampaikan Menteri Besar kepada Perdana Menteri ketika lawatan ke Kelantan Sabtu lepas.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, mushaf terbabit menampilkan keistimewaan tersendiri.

Katanya, Mushaf Darulnaim turut diberi  sebagai sumbangan wakaf kepada pelajar-pelajar tahfiz di sekolah-sekolah YIK.

“Semoga setiap helaian yang dibaca pelajar terbabit menjadi asbab pahala secara berterusan,” katanya.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook