Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Orang Melayu Bangkok pertahan bahasa ibunda
utama

Orang Melayu Bangkok pertahan bahasa ibunda

 

BANGKOK: Penduduk Melayu Islam di Bangkok cukup bertuah kerana mereka masih dapat mempertahankan bahasa ibunda, di samping menguasai bahasa Siam dan lain-lain bahasa.

Menteri Besar Kelantan Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, orang Melayu perlu mempertahankan bahasa sendiri kerana ia mencerminkan identiti setiap bangsa.

Katanya, orang Melayu tidak salah untuk menguasai bahasa lain, namun bahasa warisan sendiri tidak wajar dipinggirkan.

“Saya sukacita kerana orang Melayu di sini terutamanya golongan veteran masih lagi dapat mempertahankan bahasa ibunda mereka.

“Allah Taala menjadikan bahasa berbeza-beza berdasarkan sesuatu kaum sebagai tanda kekuasaan-Nya,” katanya pada perjumpaan dengan komuniti Muslim di Kampung Sungai Satu, Phatum Thani di sini hari ini.

Hadir sama pada perjumpaan itu Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Dato’ Abdul Rahman Yunus; Adun Pantai Irama, Haji Huzaimy Che Hussin; Adun Chetok, Zuraidin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan, Dato’ Sr Zamri Ismail.

Selain itu Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Nazmi Ghazali Azmi; Pegawai Khas Menteri Besar, Dato’ Abdullah Ya’kob; pemimpin NGO di Bangkok, Che Nordin Che Hussin  dan pemimpin masyarakat tempatan. 

Menteri Besar juga berkata, sebelum ini seramai 12 pelajar dari Thailand belajar di sekolah agama di Meranti, Pasir Mas.

Kata beliau pelajar-pelajar terbabit berjaya menguasai bahasa Melayu dan ada dalam kalangan mereka melanjut pengajian sehingga ke luar negara.

“Kerajaan negeri sedia untuk membantu anak-anak orang Melayu di Bangkok yang berminat untuk belajar di Kelantan bagi membolehkan mereka menguasai bahasa Melayu di samping mendalami ilmu agama.

Menurutnya juga amalan menziarahi umat Islam yang berada di mana sahaja dapat mengeratkan silaturahim sesama ummah.

Katanya, apabila seseorang Islam merapatkan hubungan silaturahim akan dipermudahkan rezeki.

“Sebab itulah orang Islam yang suka berhijrah lebih berjaya dalam kehidupan mereka seperti yang datuk nenek penduduk Melayu di Bangkok yang berhijrah beratus tahun lalu dari selatan Thailand,” katanya.

Sempena kunjungan itu Menteri Besar Kelantan diberi kesempatan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Kaewnimit.

Masjid terbabit antara yang terbesar menempatkan komuniti Islam di Bangkok.

Menteri Besar dan rombongan dalam misi lawatan kerja di Bangkok pagi tadi  mengunjungi hormat Pejabat Duta Malaysia ke Bangkok. Dan sebelah petang mengadakan pertemuan dengan Menteri Kebudayaan Thailand Sabida Thaiseth.   


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook