Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Peluang sertai ibadat korban di Afrika
utama

Peluang sertai ibadat korban di Afrika

 

KOTA BHARU: Mengambil kira kedaifan umat Islam di Chad dan Cameroon di Afrika Tengah serta Myanmar, Yayasan Amal Malaysia (Kelantan) menganjur ibadat korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Pengarah Operasi Yayasan Amal Malaysia (Kelantan), Asyraf Hamdy Abd Hamid berkata, pihaknya membuka peluang orang ramai menyertai ibadat tersebut dengan harga yang berpatutan.

Katanya pakej korban sunat dan aqiqah di Afrika Tengah iaitu satu bahagian lembu RM380, seekor kambing (RM490).

“Manakala di Myanmar satu bahagian lembu (RM450) dan korban di Kelantan bagi satu bahagian lembu (RM850),” katanya pada kenyataan.

Selain itu Yayasan Amal Malaysia (Kelantan) menawarkan wakaf sebuah naskhah al Quran pada harga RM30.

Asyraf Hamdy berkata, pihaknya menawarkan rakyat Kelantan merebut peluang berkorban sambil menyumbang kepada saudara seagama di Afrika Tengah dan Myanmar.

Menurutnya juga Yayasan Amal Malaysia (Kelantan) mempunyai pengalaman hampir 20 tahun mengendalikan pakej korban sunat dan aqiqah di luar negara.

Katanya, pengurusan pakej tersebut dilakukan secara telus dan amanah serta disediakan video, gambar dan sijil digital kepada setiap peserta.  

Oleh itu orang ramai yang berminat boleh menghubunginya di talian 6011 2543 4517.

Sementara itu Pertubuhan R Kelantan mengalu-alukan orang ramai menyumbang bagi membantu umat Islam di Gaza yang berada dalam keadaan serba kekurangan.

Pengerusi Gabungan NGO Suara Gaza Haji Nazri Deraman berkata, penduduk di Gaza terpaksa menunggu belas ihsan umat Islam di negara lain untuk mendapatkan bekalan air dan makanan.

Katanya, bantuan terhenti sejak awal Syawal lepas selama seminggu dan sekarang terhenti sekali lagi.

“Kali terakhir kami melaksanakan bantuan ke Gaza pada 7 April lepas kerana masalah kekurangan sumbangan yang diterima.

“Kami amat berharap agar misi bantuan tersebut dapat diteruskan sebagaimana sebelum ini yang dilaksanakan setiap hari,” katanya.

Laporan lengkap mengenai bantuan tersebut boleh diikuti di Channel Suara Gaza di link https://whatsapp.com/channel/0029VaszhED2ER6ZFm6YLk3M

Maklumat lanjut boleh hubungi Nazri di talian 013 9811 605.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook