Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Penghafaz al-Quran jadi ejen perubahan
utama

Penghafaz al-Quran jadi ejen perubahan

KOTA BHARU: Sehingga kini seramai 5,720 hafiz dan hafizah berjaya dilahirkan melalui institusi pendidikan milik kerajaan negeri, sekali gus mencerminkan perkembangan positif pendidikan tahfiz di Kelantan.

Menteri Besar Dato Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, pencapaian tersebut selari dengan gagasan 'Satu Rumah Satu Hafiz al-Quran' yang kini berada di landasan tepat dalam usaha membentuk masyarakat sejahtera berteraskan Islam.

"Penghafaz al-Quran diingatjan tidak sekadar menjadi pemerhati, sebaliknya tampil ke hadapan sebagai ejen perubahan yang memimpin masyarakat berlandaskan panduan wahyu," katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Kali Ke-16 Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi tahun 2025 di Dewan YIK, semalam.

Beliau berkata, para huffaz perlu memainkan peranan lebih besar dalam masyarakat, khususnya dalam membimbing ummah agar kembali menjadikan al-Quran sebagai asas kehidupan.

Katanya usaha memperkukuh kesatuan ummah perlu digerakkan secara berjemaah bagi memastikan kelangsungan kepimpinan Islam yang berteraskan nilai dan prinsip syariah.

Menurutnya juga kejayaan menghafaz al-Quran bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan, disiplin tinggi serta pengorbanan berterusan sepanjang tempoh pengajian.

“Pencapaian ini merupakan anugerah besar daripada Allah SWT dan wajar disyukuri oleh semua pihak termasuk ibu bapa serta para guru yang mendidik pelajar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan al-Quran bukan sekadar untuk dibaca dan dihafaz, tetapi merupakan kitab hidayah yang memandu seluruh aspek kehidupan manusia.

Sehubungan itu, para huffaz digesa meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap isi kandungan al-Quran supaya mampu menjadi rujukan serta pembimbing kepada masyarakat.

Katanya, cabaran semasa termasuk isu perpaduan umat Islam dan kelemahan kefahaman terhadap konsep kepimpinan Islam perlu ditangani secara bersama.

Pada majlis tersebut seramai 432 hafiz dan hafizah diraikan setelah bwrjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook