Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Skim bapa tunggal bantu suami kehilangan isteri
utama

Skim bapa tunggal bantu suami kehilangan isteri

Oleh: Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mempertimbangkan cadangan mewujudkan skim khusus untuk bapa tunggal seperti Skim Bantuan Armalah.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Dato’ Rohani Ibrahim berkata, skim berkenaan dicadang sebagai sokongan sosial kepada bapa tunggal yang terpaksa menguruskan anak-anak bersendirian selepas kehilangan isteri.

Katanya, pertimbangan itu sebagai sokongan sosial kepada mereka yang layak sebelum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

“Kerajaan memahami situasi kehilangan pasangan serta keperluan sokongan segera khususnya bantuan kewangan untuk menguruskan keluarga,” katanya menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong) pada sidang Dun hari ini.

Menurutnya juga sebanyak 12 permohonan daripada bapa tunggal yang baharu kematian isteri diterima sejak bantuan itu dicadangkan pada tahun 2025.

Kata beliau semua permohonan akan dinilai berdasar syarat yang telah ditetapkan.

Rohani juga berkata, kerajaan negeri menggerakkan Penyelaras Pembangunan Armalah Dun (PPAD) serta Skuad Kita Cakna (SKC) di setiap kawasan bagi mengenal pasti kes yang memerlukan bantuan.

“SKC turut dibantu penghulu mukim, imam dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung sebagai penyampai maklumat kepada Pusat Khidmat Dun.

“Kita berharap masyarakat setempat turut cakna dan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kes yang memerlukan bantuan,” ujarnya.

Tambah beliau, antara syarat asas pertimbangan iaitu pemohon mesti warganegara Malaysia yang bermastautin di Kelantan, kematian isteri dalam tempoh setahun, mempunyai anak di bawah tanggungan serta berada dalam kategori B40.

Katanya, kadar bantuan yang dicadangkan secara sekali beri (one-off) antara RM500 hingga RM1,500 bergantung kepada jumlah tanggungan anak.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook