Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

  Tunggang motosikal dari Johor ke Laos
utama

Tunggang motosikal dari Johor ke Laos

BANGKOK: Biarpun jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Laos melalui Bangkok lebih 2,000 kilometer, namun ia tidak menghalang sekumpulan rakyat Malaysia menjelajah dengan motosikal.

Mereka yang terdiri daripada lelaki berusia antara 18 hingga 61 tahun memulakan perjalanan Selasa lepas, hari ini tiba di Bangkok selepas bermalam di perjalanan malam tadi.

Mereka ditemui ketika singgah menunggu solat Zohor di musala di sebuah stesen minyak di Chaam, tiidak jauh dari Bangkok.

Kumpulan terbabit seramai 11 orang termasuk dua perempuan yang juga isteri peserta lelaki. Mereka berasal dari Johor, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang meneruskan kembara dalam tempoh 12 hari.

Motosikal yang digunakan pelbagai kuasa enjin daripada 125 cc hingga ke 1,000 cc. Ada yang menunggang motosikal jenis Yamaha, Honda, BMW dan pelbagai lagi.

Kata seorang peserta berkata, mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu pertama ketika memulakan misi kembara di sempadan Thailand di Sadao.

"Kami mendapat maklumat mengenai misi kembara ini di media sosial salah seorang peserta yang menawarkan pakej kembara ke Laos dan sempadan China.

"Ketika berkumpul memasuki sempadan Bukit Kayu Hitam, Thailand barulah kami mengenali antara satu sama lain. Sedangkan sebelum ini tidak pernah mengenali antara kami," katanya yang berasal dari Pasir Gudang, Johor.

Menurutnya juga setiap peserta dikenakan bayaran RM3,500 untuk kos makan dan penginapan sepanjang kembara berlangsung. Manakala kos minyak motosikal ditanggung setiap peserta.

Kata beliau juga malam ini mereka akan bermalam di utara Bangkok sebelum meneruskan perjalanan ke sempadan Thailand-Loas.

Beliau yang bersara tahun lepas daripada berkhidmat di sektor perkilangan memberitahu pertama menyertai kembara ke sempadan Laos dengan menunggang motosikal.

"Apabila sudah tidak lagi bekerja, saya mengisi masa lapang dengan menjelajah ke tempat yang belum lagi dikunjungi bersama-sama rakan-rakan. Saya datang dari Johor bersama seorang peserta berusia 18 tahun," ujarnya.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook