Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Adun bantu keluarga mangsa pasir runtuh
utama

Adun bantu keluarga mangsa pasir runtuh

Oleh Salmah Mat Husain |

PASIR PUTEH: Keluarga kanak-kanak lelaki yang maut dalam kejadian pasir runtuh di Kampung Telaga Papan, Semerak dekat sini baru-baru ini turut mendapat perhatian Adun Semerak, Norsham Sulaiman.

Norsham berkunjung ke rumah keluarga mangsa untuk bertanya khabar di samping melahirkan rasa simpati terhadap tragedi yang menimpa keluarga berkenaan.

Katanya, keluarga tersebut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita akan terus membantu termasuk bekalan air bersih yang diperlukan keluarga berkenaan akan dapat disalurkan.

“InsyaAllah kita akan usahakan pembinaan telaga tiub serta bantuan pam air bagi memastikan bekalan air mencukupi,” ujarnya di sini.

Beliau juga berkata, perhatian turut diberi terhadap keluarga berkenaan termasuk penilaian status orang kurang upaya (OKU).

“Kita mendoakan semoga Allahyarham Muhammad Yusof ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman,” ujarnya.

Dalam kejadian menyayat hati itu, mangsa Mohammad Yusof, 12, dipercayai sedang bermain dengan menggali pasir di hadapan rumah bersama bapa saudaranya, Mohd Yunus Nasir juga berusia 12 tahun.

Bagaimanapun mereka dipercayai terjatuh ke dalam lubang pasir sebelum berlaku hakisan yang menyebabkan mereka tertimbus di bawah bongkah konkrit.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.














MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook