Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Hiburan melampau rosak moral rakyat
utama

Hiburan melampau rosak moral rakyat

Oleh Salmah Mat Husain |

TUMPAT: Kerosakan moral dan akhlak rakyat akibat hiburan melampau memerlukan kos yang jauh lebih besar untuk dipulihkan semula.

Malah, nilai moral lebih mahal daripada pendapatan dijana daripada kehadiran pelancong yang datang menyaksikan hiburan tidak terkawal di Malaysia.

Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Dato’ Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail berkata, kerajaan terpaksa berbelanja lebih besar lagi untuk membaiki kerosakan akhlak masyarakat.

“Kita tidak sepatutnya menganjurkan program-program yang meletak duit lebih tinggi daripada nilai moral rakyat.

“Sedangkan Malaysia ada identiti dan budaya sendiri yang boleh menjadi tarikan pelancong dan bukan hiburan melampau,” katanya ketika ditemui di sini.

Baru-baru ini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menganjur Festival Muzik Air Rain Rave di Bukit Bintang Kuala Lumpur bermula 30 April hingga 2 Mei lepas.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Seri Tiong King Sing dilapor berkata, penganjuran acara itu selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026  bertujuan merangsang ekonomi bandar Kuala Lumpur.

Tuan Mohd Saripudin yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri berkata, sesuatu program yang bercanggah dengan prinsip agama, akhlak dan syariat Islam tidak wajar diadakan walaupun mampu memberi pulangan ekonomi.

Menurutnya program hiburan melampau bercanggah dengan nilai agama dan budaya tempatan tidak sepatutnya dijadikan ukuran kejayaan menarik pelancong.

“Malaysia mempunyai identiti dan budaya tersendiri yang perlu dipelihara serta tidak boleh diketepikan demi keuntungan kewangan semata-mata.

“Budaya masyarakat Malaysia yang menampilkan nilai agama dan kesopanan sebenarnya menjadi tarikan unik kepada pelancong luar. Identiti tersebut perlu dipelihara supaya negara tidak kehilangan jati diri,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook