Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ibu bapa perlu ikuti perkembangan anak di IPT
utama

Ibu bapa perlu ikuti perkembangan anak di IPT

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Ibu bapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan walaupun anak-anak sudah melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi (IPT) memandangkan pengaruh sosial semakin membimbangkan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff  berkata, ibu bapa perlu sentiasa mengawal anak-anak walaupun mereka sudah melanjut pengajian di IPT.

Katanya ibu bapa perlu mengetahui dengan siapa anak-anak berkawan dan sentiasa bertanya khabar bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan perkara tidak sihat.

“Masyarakat perlu mengambil iktibar terhadap kejadian tragis yang berlaku melibatkan pelajar IPT yang dilapor ditikam sehingga maut dalam keadaan menyayat hati.

“Isu tersebut memerlukan perhatian semua pihak termasuk ibu bapa, institusi pendidikan dan masyarakat,” katanya di sini.

Baru-baru ini media melaporkan seorang pelajar kolej ditemui mati dengan 61 kesan tikaman, dipercayai dibunuh dalam kereta sebelum mayatnya diletakkan atas jalan di Kampung Simah, Ketereh.

Menurut laporan mangsa berusia 19 tahun berasal dari Perak itu sempat keluar makan dengan dua suspek yang ditahan secara berasingan ekoran kejadian tersebut.

Siti Zailah yang juga ahli parlimen Rantau Panjang berkata, apa yang berlaku itu sangat menyentuh hati, sedih dan mengecewakan.

Beliau turut menasihatkan anak-anak muda tidak bergaul bebas kerana ia boleh meruntuhkan masyarakat.

“Semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa, pihak pentadbir institusi pendidikan dan masyarakat perlu memainkan peranan mencegah gejala tidak sihat daripada terus menular.

“Rakan-rakan yang mengetahui perkara tidak baik melibatkan rakan mereka perlu segera melaporkannya kepada pihak pentadbiran IPT bagi membolehkan tindakan awal diambil,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook