Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ikrar Rukun Negara di majlis rasmi Pemuda PAS Selangor
utama

Ikrar Rukun Negara di majlis rasmi Pemuda PAS Selangor

 

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor akan menjadikan bacaan Ikrar Rukun Negara dilaksanakan dalam setiap majlis rasmi anjuran Pemuda PAS di seluruh negeri itu.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar berkata, lima prinsip tersebut bukan slogan kosong kerana ia adalah asas pembinaan negara bangsa Malaysia.

Katanya, penghayatan terhadap Rukun Negara mesti diterjemahkan melalui tindakan, disiplin dan adab.

“Ini adalah manifestasi kecintaan kepada agama, negara dan Institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi payung kestabilan negeri dan negara.

“Ketika ada pihak semakin berani mempersenda kedaulatan Institusi Raja, memperlekeh adab kenegaraan dan mengapi-apikan sensitiviti rakyat, Pemuda PAS Selangor berdiri teguh mempertahankan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara,” katanya pada kenyataan hari ini.

Jumaat lepas sekumpulan Pemuda Pas Selangor berhimpun sambil melaungkan 'Daulat Tuanku' di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini selepas solat Jumaat.

Perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan babi di negeri terbabit.

Sebelum itu pada 16 Mei lepas Sekretariat Himpunan Daulat Tuanku menganjurkan Himpunan Daulat Tuanku 2026 di Pintu 1, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi menyatakan sokongan kepada Institusi Diraja Selangor.

Mohamed Sukri juga berkata, Pemuda PAS Selangor akan terus istiqamah mempertahankan kedaulatan agama Islam, kemuliaan Institusi Raja Melayu serta keharmonian negeri Selangor daripada sebarang bentuk penghinaan dan provokasi.

Baru-baru ini Sultan Selangor menitah wakil rakyat khususnya Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki dan bekas Exco Ronnie Liu supaya mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor untuk menghayati makna sebenar Rukun Negara.

Titah baginda, mereka disaran hadir seminggu sekali bagi mengimbas kembali sejarah pembentukan Rukun Negara yang tercetus susulan darurat selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

 

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook