Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KIAS tidak pernah letak syarat UEC mohon program asasi
utama

KIAS tidak pernah letak syarat UEC mohon program asasi

KOTA BHARU: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) tidak pernah meletakkan kelayakan memiliki Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke program asasi.

Namun, ramai keliru apabila pihak tertentu cuba memaparkan syarat memiliki UEC kononnya dibenarkan bagi kemasukan ke program asasi di KIAS.

Sedangkan apa yang sebenar berlaku syarat UEC hanya tertera pada buku Peraturan Asasi pada peringkat awal seperti disyaratkan dalam Standard Program Asasi MQA 2014.

Anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, setelah mendapat perakuan akreditasi, syarat tersebut telah dipinda sebagaimana surat perakuan akreditasi.

Oleh itu katanya, sejak dari awal hingga sekarang, tidak pernah dimasukkan syarat lulus UEC dalam mana-mana dokumen sebaran untuk kemasukan pelajar ke program Asasi KIAS.

“Bagaimanapun kalau dilihat pada fail Peraturan Akademik Asasi dimuatnaik dan disebarkan adalah daripada sumber yang tidak asli yang boleh mendatangkan manipulasi,” katanya di sini.

Semalam Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri memberitahu kelayakan UEC tidak termasuk dalam syarat kelayakan akademik yang diterima kemasukan ke program asasi di KIAS.

Kata beliau berdasar syarat kemasukan yang dipaparkan KIAS, program asasi terbuka kepada calon yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan lain yang setaraf serta diiktiraf.

“Calon yang hanya memiliki kelayakan UEC tidak layak dipertimbangkan bagi kemasukan ke program asasi KIAS,” katanya.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada kenyatan Khamis lepas membenarkan lepasan UEC melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Manakala dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud menafikan poster yang disebar kononnya pelajar lulusan UEC dialu-alukan mendaftar di KIAS.

“Satu poster palsu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab berkaitan pengiktirafan UEC,” katanya pada kenyataan.

 



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook