Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KUM pemain utama industri teknologi hijau
utama

KUM pemain utama industri teknologi hijau

 
KOTA BHARU: Kumpulan Utilities Mubaarakan Holdings (KUM) diharap dapat merintis peluang dengan meneroka usaha niaga baharu dalam industri teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Hilmi Abdullah berkata, KUM memainkan peranan penting khususnya dalam industri utiliti dan teknologi hijau di Kelantan.

Katanya KUM sebagai sebuah entiti pelaburan dinamik dengan kepentingan strategik diharap dapat menarik pelabur tempatan dan asing.

“Sebelum ini KUM bekerjasama dengan membina ladang solar terapung di atas tasik di kawasan seluas 167 ekar di Danau Tok Uban,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Sebelum itu beliau menerima kunjungan Pengurus Besar KUM yang baharu TPr. Hassan Yaakob di Kota Darulnaim. KUM merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Hilmi juga berkata, kehadiran Hassan di KUM diharap akan membuka lembaran baharu kepada perjalanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri.

Menurutnya KUM dilantik kerajaan negeri sebagai syarikat yang bertanggungjawab mengurus tapak pelupusan di seluruh Kelantan.

“Setakat ini KUM dilantik mengurus empat tapak pelupusan sampah milik lapan pihak berkuasa tempatan di Kelantan untuk dinaiktaraf kepada ‘sanitary land fill’.

“Sebuah projek menggunakan kaedah ‘Material Recovery Facility (MRF)’ berjaya dibangunkan di Tapak Pelupusan Beris Lalang, Bachok dan akan diperluaskan ke tapak pelupusan lain untuk menjana pendapatan daripada sisa buangan,” ujarnya.

Beliau juga berkata, KUM diamanah untuk melaksanakan program kesedaran dan kempen kitar semula (3R) melibatkan sekolah, agensi dan komuniti melalui Program Komuniti Amalan Hijau Kelantan (PKAH).

Kata beliau program itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 80,000 pelajar dari 80 sekolah.

Menurutnya juga GLC negeri perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, kelestarian alam sekitar dan konsep pembangunan pintar.

“Dengan pengalaman luas TPr. Hassan di peringkat nasional, ramai yakin KUM mampu muncul sebagai antara model GLC yang berjaya, bukan sahaja di Pantai Timur bahkan di Malaysia.

“Semoga pelantikan ini menjadi titik permulaan kepada era baharu yang lebih cemerlang. Mudah-mudahan KUM terus maju, kukuh dan menjadi pemangkin pembangunan Kelantan,” ujarnya.

Sebelum ini KUM menerima Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Sisa Pepejal Sektor Komersial, Perindustrian Dan Keinstitusian (Star-CII) 2023.

Selain itu, anugerah Sustainability Champion Award Tahun 2025 peringkat Asia Pacific Sustainability Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

 

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook