Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pendidik rabbani lahir Malaysia sejahtera
utama

Pendidik rabbani lahir Malaysia sejahtera

 

KOTA BHARU: Pembinaan Malaysia yang sejahtera tidak akan tercapai tanpa lahirnya pendidik rabbani yang mampu membina manusia rabbani.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Sri Amar D’raja Mohd Amar Abdullah berkata, pendidik rabbani perlu diperkasakan dengan kekuatan utama iaitu kekuatan akidah dan ruhiyyah.

Selain itu, ketinggian ilmu dan profesionalisme, keutuhan akhlak dan integriti, kebijaksanaan membina jati diri ummah dan keupayaan memimpin perubahan tamadun.

“PAS menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh ekosistem pendidikan negara, memperkasa Dasar Pendidikan Kebangsaan serta memastikan generasi masa hadapan negara dibangun dengan keseimbangan antara ilmu wahyu, ilmu akal, teknologi dan akhlak insani,” katanya pada kenyataan semalam.

Sambutan Hari Guru 2026 peringkat negeri Kelantan mengangkat tema ‘Pendidik Rabbani Malaysia Sejahtera’.

Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tema sambutan Hari Guru tahun ini, 'Guru Bitara Nadi Negara.'

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata, guru dalam kerangka pendidikan rabbani menekan pembinaan jiwa manusia.

Menurutnya mereka bukan sahaja mendidik murid untuk lulus cemerlang, bahkan membentuk generasi yang mempunyai kekuatan iman, disiplin akhlak, semangat cintakan ilmu, keutuhan integriti serta kesediaan memimpin masyarakat dengan nilai Islam yang syumul.

“Agenda pendidikan negara mesti dipandu kerangka Falsafah Pendidikan Kaffah Rabbani, iaitu suatu usaha berterusan secara holistik dan saintifik bagi menyubur fitrah manusia berteraskan prinsip iman, Islam dan ihsan bersumberkan al-Quran dan al Sunnah.

“Ia bagi membangun insan soleh pintar yang berilmu dan beramal, berakhlak mulia, berintegriti, memiliki jati diri serta menguasai teknologi semasa ke arah pembentukan generasi rabbani yang memimpin ummah menuju keunggulan tamadun dan kesejahteraan dunia akhirat,” ujarnya.  

Kata beliau falsafah itu menekankan pendidikan bukan sekadar proses melahirkan tenaga kerja atau pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya agenda besar memimpin masyarakat berpandu wahyu, kebijaksanaan ilmu dan kekuatan akhlak.

Menurutnya ia membawa makna sangat mendalam dalam suasana negara berdepan cabaran keruntuhan nilai, krisis identiti generasi muda, ledakan teknologi tanpa sempadan dan persaingan global semakin mencabar.

Beliau berkata, dalam menghadapi realiti tersebut negara memerlukan guru yang juga bertindak sebagai murabbi, muaddib dan qudwah hasanah dalam membentuk manusia yang seimbang rohani, intelektual, emosi dan jasmani.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, ucapan terima kasih dan doa kesejahteraan buat seluruh warga pendidik di negara ini yang menggalas amanah besar mendidik generasi pewaris bangsa, agama dan negara.

“Selamat menyambut Hari Guru kepada seluruh pendidik tanah air. Semoga Allah SWT memberkati segala pengorbanan dan jasa bakti para guru dalam membangunkan generasi ummah dan negara,” tambahnya.  

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook