Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Persoal titah diraja dedah sifat hipokrit
utama

Persoal titah diraja dedah sifat hipokrit


KOTA BHARU: PAS memandang serius kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Penasihat Dasar kepada Setiausaha Agung DAP, Tony Pua, terhadap titah dan nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Seri Takiyuddin Hassan berkata, episod terbaru tersebut tidak boleh dilihat secara terpisah daripada perkembangan yang menyaksikan meningkatnya pertikaian awam yang memecah kerukunan melibatkan pelbagai isu, termasuk pengiktirafan sijil UEC, dan penggunaan bahasa Cina pada dokumen rasmi kerajaan.

Selain itu, isu penternakan babi di Selangor, perdebatan mengenai perlembagaan, dasar-dasar kerajaan, bahasa kebangsaan, dasar dan falsafah pendidikan kebangsaan serta isu-isu agama dan kaum.

"Titah baginda hendaklah difahami dalam konteks luas melalui lensa semangat tanggungjawab kebangsaan dan sikap sederhana agar semua pihak tidak bertindak memarakkan sentimen perkauman, menghakis kerukunan sosial atau melemahkan rasa hormat terhadap institusi-institusi teras yang menjadi tonggak pembinaan negara.

"Respons tidak cermat Tony Pua terhadap titah tersebut semakin meningkatkan keresahan awam, sekali gus mencetuskan kontroversi yang tidak perlu pada saat suhu ketegangan kaum dan agama dalam masyarakat sudah sedia tinggi," katanya pada kenyataan hari ini.

Sultan Selangor baru-baru ini menyarankan Adun Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu supaya mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor bagi menghayati makna sebenar Rukun Negara.

Berikutan itu pada hantaran di Faceboook, Tony berkata, Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dun.

Takiyuddin juga berkata, PAS percaya apa-apa respons atau kenyataan melibatkan institusi Raja-raja Melayu hendaklah dibuat dengan hati-hati, beradab dan kehormatan yang setanding dengan status dan peranan perlembagaan, sejarah dan budaya yang dimainkan Raja-raja.

Kata beliau sikap menolak atau mempersoalkan titah dan nasihat Diraja dengan berselindung di sebalik kedaulatan perlembagaan atau tafsiran konsep raja berperlembagaan apabila ia tidak sesuai dengan kepentingan mereka mendedahkan sifat hipokrit dan oportunis seseorang.

"Isu-isu ini mungkin boleh dianggap dan ditangani sebagai isu pentadbiran, namun apabila ia diperdebatkan dalam persekitaran yang sarat emosi, konfrontatif dan dipolitikkan, maka secara kumulatif ia akan menyumbang meningkat keresahan awam.

"PAS percaya sesebuah kerajaan, terutama pemimpinnya, bukan sahaja perlu mentadbir dengan cekap dan berkesan, tetapi juga perlu dilihat berkemampuan mempertahan kestabilan sosial, menarik kepercayaan awam dan meletakkan kepentingan negara lebih tinggi daripada pertimbangan-pertimbangan partisan," ujarnya.

Katanya juga Malaysia memerlukan kepimpinan yang menyuburkan keyakinan serta kepercayaan awam, bukannya  meledakkan kontroversi demi kontroversi tidak perlu mungkin kerana desakan politik.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook