Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ribuan rakyat Kelantan, Thailand ikuti pidato Ustaz Abdul Somad
utama

Ribuan rakyat Kelantan, Thailand ikuti pidato Ustaz Abdul Somad

 

TUMPAT: Program Pidato Perdana Da’i Nusantara di Pantai Sri Tujuh, Pengkalan Kubor malam ini turut dihadiri ribuan penduduk termasuk dari Selatan Thailand.

Pelajar-pelajar sekolah pondok dan tahfiz datang dari wilayah Narathiwat, Patani dan Yala turut memenuhi tempat program. Ada yang datang dari Thailand sejak semalam.

Program bermula dengan solat Maghrib kemudian diikuti kuliah Maghrib disampaikan pendakwah bebas Ustaz Mokhtar Yaakub. Selepas solat Isyak diadakan solat hajat yang diimamkan Tuan Guru Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas. 

Timbalan Menteri Besar Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program diadakan dalam tempoh yang singkat, namun tetap dihadiri ribuan rakyat Kelantan.

Katanya lebih mengejutkan ramai yang datang dari Selatan Thailand bagi mengikuti pidato Dai Nusantara Prof Dr Abdul Somad dari Batu Bara, Sumatera, Indonesia.

"Biarpun program dirancang dalam tempoh yang singkat sejak seminggu lalu, namun tetap dihadiri ribuan penduduk," katanya pada program tersebut.

Adun Pengkalan Kubor, Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, beliau dimaklumkan program tersebut Sabtu lalu, namun berjaya diadakan dengan kesungguhan petugas dengan sokongan padu rakyat Kelantan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook