Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Budaya Melayu makin terpinggir di Kota Batam
utama

Budaya Melayu makin terpinggir di Kota Batam

KOTA BATAM: Pulau Batam yang merangkumi gugusan Kepulauan Riau kini semakin pesat membangun, menyaingi kota-kota lain di pulau Sumatera. Kedudukannya lebih strategik kerana berdekatan dengan Malaysia dan Singapura.

Bangunan-bangunan baharu tumbuh seperti cendawan di segenap ruang di pulau tersebut. Malah banyak kawasan laut ditambak bagi menampung keperluan ekonomi dan penempatan penduduk.

Bangunan pencakar banyak kelihatan, di mana sebahagian besar berfungsi sebagai hotel dan gedung perniagaan. Kunjungan ramai pelancong terutama dari Malaysia dan Singapura membolehkan industri pelancongan terus berkembang.

Kira-kira 72.2  peratus daripada jumlah penduduk Kota Batam beragama Islam. Mereka terdiri daripada etnik Melayu, Jawa, Minangkabau dan lain-lain.

Kota Batam juga mempunyai institusi pendidikan pondok, sekolah agama dan sekolah aliran kebangsaan.

Bagaimanapun kepesatan perkembangan ekonomi menyebabkan budaya Melayu yang dipertahankan sejak datuk nenek mulai terhakis ekoran kemasukan budaya luar dan pengaruh Barat.

Seorang pendidik, Rahmat Ikhsan bimbang budaya Melayu dan amalan Islam semakin terhakis berikutan kemasukan pengaruh dari luar.

"Pada pengamatan saya budaya Melayu dan amalan Islam di Kota Batam semakin pudar terutamanya dalam kalangan generasi muda. Usaha perlu dilakukan bagi mengelakkan budaya Melayu dan Islam terus terhakis.

"Usaha-usaha tersebut dilaksana pemerintah termasuk menganjur seminar, ceramah dan kempen kesedaran. Langkah tersebut turut mendapat kerjasama NGO," katanya di sini.

Menurutnya Kota Batam semakin pesat membangun sejak 10 tahun lepas dengan kemasukan banyak pelabur termasuk dari Singapura dan Malaysia.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook