Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Calon Bersatu wakili PN paling ramai PRN Johor
utama

Calon Bersatu wakili PN paling ramai PRN Johor

KUALA LUMPUR: Kemelut yang melanda Perikatan Nasional (PN) sebelum ini reda selepas parti kompenan memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor, 11 Julai ini.

Malah, setiap parti kompenan akan bertanding menggunakan logo PN seperti PRN sebelum ini.

Pengerusi PN Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, malam tadi beliau menandatangani watikah pelantikan calon-calon PN bagi menghadapi PRN Johor.

Katanya, setiap tandatangan bukan sekadar memenuhi proses pencalonan, sebaliknya sebagai amanah besar untuk membawa suara rakyat, menawarkan penyelesaian dan membina masa depan yang lebih baik untuk Johor.

“Semoga Allah SWT merestui dan mengurniakan kemenangan kepada calon-calon PN dan dipermudah segala urusan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Kelmarin PN menyelesaikan rundingan agihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor melibatkan 56 kerusi Dun.

Rundingan terbabit turut melibatkan 34 kerusi yang sebelum ini berlaku pertindihan antara parti komponen.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua kerusi yang ditandingi dimuktamadkan dalam suasana harmoni.

Katanya, kesemua 56 kerusi sudah tidak berlaku pertindihan lagi.

Kata beliau senarai kerusi yang dikemukakan setiap parti diteliti dan ditentukan menerusi beberapa faktor termasuk kekuatan jentera, sokongan pengundi, pengalaman serta kedudukan penyandang.

“Kita timbang semua pemberat tersebut bagi menentukan kesesuaian sesuatu kerusi untuk ditandingi parti tertentu,” katanya semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Agihan Kerusi PN di Pejabat Agung PAS.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, Bersatu bertanding paling banyak kerusi mewakili PN pada PRN Johor.

Menurutnya juga Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Gambir.

“Itu yang mereka minta dan perkara itu sudah selesai. Parti Wawasan Negara belum diberikan sebarang kerusi untuk ditandingi.

“Mereka tidak hantar permohonan, sama ada mereka akan bertanding atau tidak,” katanya.

Beliau juga berkata, PN akan mengetuai gerak kerja PRN Johor dan semua parti komponen akan menggunakan logo PN sepanjang kempen dan hari pengundian.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook