Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Dr Haim jadi mangsa pendakwaan terpilih
utama

Dr Haim jadi mangsa pendakwaan terpilih

KUALA LUMPUR: PAS memandang serius pertuduhan yang dikenakan ke atas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Haim Hilman Abdullah di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang dianggap sebagai pendakwaan terpilih.

Setiausaha Agung PAS Dato Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS secara konsisten mengecam sebarang tindakan seperti itu lebih-lebih lagi isu ditimbulkan Dr Haim berkaitan akses kepada pendidikan dan beliau merupakan tokoh yang terlibat dalam bidang pendidikan sejak sekian lama.

Katanya trend mendakwa ahli politik pembangkang pada kadar yang segera dan cepat secara berterusan juga menjadi indikator wujud pendakwaan terpilih. 

"Amatlah menghairankan ramai ahli politik kerajaan yang lebih lantang menyentuh isu-isu sensitif termasuk 3R serta membuat kenyataan-kenyataan jelek melampau, tidak dikenakan sebarang tindakan," katanya pada kenyataan hari ini.

Hari ini Dr Haim yang juga Adun Jitra dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas dakwaan menimbulkan kebimbangan orang awam menerusi kenyataannya berkaitan kemasukan ke universiti awam pada ceramah baru-baru ini.

Pada program ceramah terbabit Dr Haim dilapor mendakwa  'Apa berlaku di IPTA hari ini? Universiti sedang menjual tempat-tempat untuk anak-anak kita kepada orang ada duit. Hari ini ada satu pintu masuk kat IPTA, pintu belakang..'

Takiyuddin juga berkata, ucapan Dr Haim pada program 13 Jun lalu bersifat menegur serta merupakan langkah semak dan imbang terhadap polisi kerajaan, khususnya dalam bidang pendidikan tinggi secara berfakta dan tidak emosional.

"Justeru PAS dengan tegas menuntut hak kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dihormati oleh semua pihak," katanya.


.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook