Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Isu pelajar dakwa ditampar selesai secara baik
utama

Isu pelajar dakwa ditampar selesai secara baik

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Isu seorang pelajar pusat pengajian tinggi yang mendakwa ditampar seorang pemimpin Umno kini selesai dalam suasana silaturahim dan penuh kemesraan.

Bapa Nik Alif Aiman, Ir Ariffahmi Abdul Rahman melahirkan rasa syukur apabila kemelut yang berlaku baru-baru ini berjaya diselesaikan dengan cara baik.

Beliau berkata, penyelesaian tersebut membuktikan sebarang perselisihan boleh dirungkai dengan semangat ukhuwah serta keikhlasan semua pihak yang terlibat.

“Alhamdulillah perkara yang berlaku sebelum ini dapat diselesaikan secara baik tanpa menjejaskan hubungan sesama umat Islam,” katanya pada kenyataan.

Baru-baru ini Nik Alif Aiman mendakwa insiden tersebut berlaku semasa Program Pemerkasaan Bangsa Pemimpin Pelajar dan Pengurusan Kanan anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Bentong pada 20 Mei lalu.

Ariffahmi juga berkata, sikap terbuka dan jiwa besar yang ditunjukkan pemimpin Umno terbabit, Dato' Azhar Ahmad wajar diberi penghargaan kerana sanggup hadir ke Kota Bharu bagi menamatkan kemelut yang berlaku.

Katanya, pertemuan berlangsung di sebuah hotel di Kota Bharu baru-baru turut dihadiri Senator Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang bertindak sebagai pemudah cara.

Menurutnya beliau gembira kerana penyelesaian tersebut berlaku ketika umat Islam dan orang Melayu di negara ini sedang bergerak ke arah memperkukuhkan agenda penyatuan ummah.

"Melalui Dato' Azhar, saya dan Nik Alif Aiman, berpeluang berhubung menerusi telefon dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di mana menteri berkenaan turut menzahirkan rasa syukur atas perkembangan positif yang berlaku.

“Mereka menzahirkan rasa syukur dan menganggap anak saya seperti anak mereka sendiri,” katanya.

Oleh itu beliau berharap tiada lagi perkara berbangkit selepas ini dan semangat silaturahim yang terjalin hasil penyelesaian tersebut dapat dikekalkan sehingga akhir hayat.

“Semoga hubungan baik yang terjalin ini terus berkekalan dan menjadi contoh bahawa setiap masalah boleh diselesaikan dengan hikmah, kasih sayang dan semangat persaudaraan,” katanya.








MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook