Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Masjid Sultan Mahmud boleh tampung 25,000 jemaah
utama

Masjid Sultan Mahmud boleh tampung 25,000 jemaah

KOTA BATAM: Bagi mereka yang pertama kali bertandang ke Masjid Nabawi di Arab Saudi, tentunya kagum melihat ada payung raksasa boleh dibuka dan ditutup secara automatik bersebelahan masjid terbabit.

Situasi serupa juga dapat dilihat di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah, yang terletak di Batu Aji, Batam, Indonesia.

Masjid tersebut merupakan yang terbesar di Sumatera dibina oleh Wali Kota Muhammad Rudi pada 2017.

Pembangunan masjid tersebut dimulai dengan peletakan batu asas pada 30 April 2017 di kawasan seluas lebih empat hektar dan dibuka kepada umum pada September 2019. Ia boleh menampung sehingga 25,000 jemaah.

Menurut penduduk tempatan masjid iterbabit dibangun untuk menampung pekerja kawasan industri yang menghadapi masalah untuk menunaikan solat Jumaat kerana lokasi masjid yang ada begitu jauh. 

Masjid terbabit diberi nama Sultan Mahmud Riayat Syah, dengan mengambil kira sebagai pahlawan terkenal pada era pemerintahan Sultan Johor-Pahang-Riau-Lingga abad ke-18.

Sebanyak lapan khemah seperti payung yang dibina setinggi 17 meter bersebelahan bangunan dewan solat berbeza dengan Masjid Nabawi kerana ia statik dan tidak boleh dibuka dan ditutup.

Kewujudan payung gergasi terbabit menambah lagi keistimewaannya kerana merupakan yang terbesar di rantau ini. Manakala dewan solat pula luas mata memandang tanpa tiang di bahagian tengah masjid.

Masjid tersebut mempunyai keluasan 57,114 meter persegi turut dilengkapi menara tinjau bagi membolehkan orang ramai melihat persekitaran kawasan berkenaan.

Halaman masjid juga tumpuan orang ramai beriadah pada sebelah petang termasuk masyarakat bukan Islam. Ia menjadi laluan berjogging bersama keluarga dan anak-anak bermain..


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook