Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 PAS Kelantan lancar gerak kerja pilihan raya
utama

PAS Kelantan lancar gerak kerja pilihan raya

MACHANG: Demam pilihan raya mulai terasa sekarang apabila sebahagian besar jentera pilihan raya PAS di kebanyakan negeri sudah dilancar sebagai petanda gerak kerja pilihan raya bermula.

Hari ini berlangsung pelancaran gerak kerja Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 PAS Kelantan yang diadakan di Markas Dewan Ulamak (Madu) PAS Kelantan di Labok.

Dewan utama Madu penuh sesak dengan kehadiran jentera pilihan raya dari seluruh Kelantan. Kaunter pendaftaran sesak sejak jam 8 pagi apabila peserta beratur panjang untuk membuat pendaftaran.

Program tersebut dihadiri Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Dato Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, Timbalan Menteri Besar Dato Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Dato Mohd Amar Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha PAS Kelantan, Dato Wan Roslan Wan Hamat, Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Dato Dr Wan Nik Wan Yussof dan wakil-wakil rakyat.

Program dimulakan dengan bacaan al Quran oleh Naib Johan Tilawah al Quran Kelantan 1447 Ustaz Anuar Abdullah kemudian diikuti taklimat disampaikan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Dr Wan Nik.

Dr Wan Nik berkata, PAS Kelantan menyasarkan kemenangan secara tuntas pada PRU16 bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Kata beliau juga berdasar kajian prestasi setiap Pusat Khidmat Dun (PKD) di Kelantan mencapai 65 peratus yang dianggap menunjukkan prestasi yang baik.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook