Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penjawat awam terjemah dasar Membangun Bersama Islam
utama

Penjawat awam terjemah dasar Membangun Bersama Islam

 
Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Kejayaan dicapai kerajaan Kelantan sepanjang tahun 2025 kerana turut didukung penjawat awam yang berganding bahu dengan kepimpinan politik.

Menteri Besar, Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, pencapaian itu meliputi tadbir urus, inovasi, pembangunan mampan dan kecemerlangan pentadbiran awam.

Katanya kejayaan tersebut membuktikan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) diterjemahkan dengan berkesan oleh seluruh jentera kerajaan dan penjawat awam.

“Sesebuah kerajaan tidak boleh berdiri hanya dengan aspirasi dan kepimpinan politik semata-mata tanpa dukungan penjawat awam.

“Penjawat awam merupakan tulang belakang pentadbiran negeri yang perlu bergerak seiring dengan kepimpinan bagi merealisasikan hala tuju kerajaan,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 di Kota Darulnaim semalam.

Beliau turut mengingatkan perubahan dunia yang semakin pantas akibat revolusi teknologi kecerdasan buatan, digitalisasi perkhidmatan serta perubahan struktur ekonomi.

Katanya, perubahan itu menuntut penjawat awam terus meningkatkan kecekapan dan memperkukuhkan keupayaan organisasi selari dengan garis masa.

“Setiap tugas yang dilaksanakan merupakan satu amanah, ibadat dan perjuangan fisabilillah demi memperoleh keredaan Allah SWT.

“Kerajaan negeri memperkenalkan model pengurusan ihtirafi atau profesional yang berteraskan dasar Membangun Bersama Islam dengan berpaksikan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap aspek kebajikan penjawat awam bagi memastikan keseimbangan antara prestasi dan kesejahteraan warga kerja.

Menurutnya, pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu antara langkah memperkukuhkan kebajikan penjawat awam supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan produktif.

“Rakyat berhak menerima perkhidmatan terbaik kerana mereka merupakan fokus utama kewujudan institusi kerajaan. Hentikan budaya kerja negatif dan suburkan budaya kerja positif,” katanya.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook