Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Presiden Gerakan sertai Konvensyen Reset Malaysia
utama

Presiden Gerakan sertai Konvensyen Reset Malaysia

TANAH MERAH: Penganjur menyasasarkan kira-kira 20,000 hadir pada Konvensyen Reset Malaysia yang julung kali diadakan selepas perpecahan politik Melayu berlaku kebelakangan ini termasuk melibatkan parti pembangkang dan kerajaan.

Reset sebagai medan mengumpul semula parti-parti politik Melayu di bawah satu bumbung bagi menyegarkan semula kekuatan politik selepas melalui era agak gerhana sebelum ini.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir termasuk warga emas, golongan pertengahan, belia, remaja dan budak yang datang bersama keluarga.

Khemah besar yang disediakan di bahagian tengah pentas penuh sesak dengan peserta. Deretan khemah di kiri kanan khemah utama juga dipenuhi orang ramai.

Penyelaras Reset Kelantan, Dato Mohamed Farid Zawawi berkata , gerakan Reset yang dicetus Dato Seri Hamzah Zainuddin mencetus gelombang baharu politik di negara ini.

Katanya, himpunan Reset akan membantu PAS dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya (PRU) akan datang.

"Kekuatan jentera Reset seperti yang ada hari ini akan membantu PAS dan PN menghadapi PRU," katanya pada Konvensyen Reset Malaysia di tapak ekspo Kota Harmoni di sini hari ini.

Hadir sama Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi, Pengerusi PN Ir Dr Dato Seri Samsuri Mokhtar, Pengerusi Reset Malaysia Dato Sri Hamzah Zainuddin, Menteri Besar Kelantan Dato Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob,

Turut hadir Presiden Gerakan Dato Seri Dominic Lau, Pemangku Presiden Imam Dato Mohd Ismail dan bekas ahli-ahli parlimen Bersatu yang dipecat.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook