Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Puluhan ribu sertai Gerakan Reset Malaysia
utama

Puluhan ribu sertai Gerakan Reset Malaysia

TANAH MERAH: Bandar Kota Harmoni dekat sini mulai sendat dengan kehadiran orang ramai termasuk dari luar Kelantan bagi mengikuti Konvensyen Reset Malaysia petang ini.

Deretan orang ramai yang memakai pakaian putih mulai memenuhi tapak ekspo Kota Harmoni termasuk masyarakat bukan Melayu. Disediakan kaunter pendaftaran untuk membolehkan peserta mendapat nombor cabutan bertuah.

Selain itu peserta yang berdaftar juga diberi kipas tangan. Jamuan rakyat turut disediakan yang menyaksikan barisan panjang di khemah tempat jamuan disediakan.

Gerakan Reset Malaysia mencatat sejarah sebagai menggambarkan landskap baharu politik negara ini, dengan mengumpulkan parti-parti Melayu dan masyarakat bukan Melayu.

Gerekan Reset bukan parti politik sebaliknya ia sebagai platform baharu terutamanya mengumpul bekas-bekas pemimpin Bersatu yang disingkirkan daripada parti itu.

Himpunan akan bermula jam 2 petang dijangka dirasmikan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Reset Malaysia diketuai bekas Timbalan Presiden Bersatu Dato Seri Hamzah Zainuddin.

Kehadiran puluhan ribu pendukung Reset akan memberi wajah baharu kepada gerakan pembangkang selepas PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu, Isnin lepas.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook