Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Rundingan kerusi PN selesai secara muafakat
utama

Rundingan kerusi PN selesai secara muafakat

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selesai secara muafakat melalui mekanisme rasmi Perikatan Nasional (PN). 

Pengerusi PN Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau telah menandatangani watikah pelantikan calon-calon PN bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Katanya sekarang masa untuk semua parti komponen, kepimpinan dan jentera PN memberikan sepenuh tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya. 

"Keutamaan kita menawarkan kepimpinan  berintegriti, dasar yang membela rakyat serta membawa harapan baharu demi kesejahteraan rakyat Johor," katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, isu yang dibangkit Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), (Dato Seri Faizal Azumu) pada kenyataan media baru-baru ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Kata Dr Samsuri PN sebuah gabungan politik yang bergerak berdasarkan Perlembagaan, disiplin organisasi dan keputusan bersama. 

"Setiap parti anggota, termasuk Bersatu mempunyai ruang sepenuhnya untuk menyuarakan pandangan, mengemukakan bantahan dan mempertahankan pendirian masing-masing dalam mesyuarat.

"Namun, apabila sesuatu ketetapan telah dibuat melalui mekanisme rasmi gabungan, semua pihak wajib menghormatinya. PN tidak boleh dijadikan medan untuk mana-mana parti memilih keputusan yang mahu diterima dan mempertikaikan ketetapan yang tidak selari dengan pendirian mereka," ujarnya.

Oleh itu beliau kesal apabila perkara dalaman gabungan dibawa ke ruang awam selepas mesyuarat berakhir. 

Mengenai penggunaan simbol PN dalam PRN  Johor kata beliau, penggunaan simbol PN datang bersama tanggungjawab politik. 

"Mana-mana parti yang diberikan amanah bertanding menggunakan simbol PN hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemilihan calon, gerak kerja pilihan raya, pengurusan kempen serta prestasi kerusi yang ditandingi," tambahnya.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Kelantan menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan yang diumumkan Pengerusi PN bagi memperkukuhkan organisasi menjelang PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Ketuanya, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, keputusan tersebut perlu dilihat sebagai langkah memperkemaskan organisasi dan bukannya bertujuan menghukum mana-mana pihak.

Menurutnya, dalam sesebuah organisasi, adakalanya keputusan sukar perlu dibuat bagi memastikan perjalanan perjuangan tidak terganggu serta pasukan berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

“Kita tidak boleh terus terperangkap dengan polemik dan sentimen individu. Keutamaan sekarang memperkukuhkan saf perjuangan, menyusun strategi dan memberi fokus kepada rakyat,” katanya di sini. 

Beliau juga berkata, sebarang masalah yang timbul dalam organisasi perlu ditangani segera bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk pada masa hadapan.

Mohd Firdaus turut menegaskan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Perikatan Nasional.

Sehubungan itu, katanya semua pihak sewajarnya menghormati keputusan tersebut dan bergerak ke hadapan dengan semangat disiplin serta kesetiaan kepada organisasi.

“Terimalah keputusan dengan jiwa besar sebagaimana kita sering menuntut orang lain menghormati perlembagaan dan disiplin organisasi,” katanya.



.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook