Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tamat kerjasama Bersatu perkukuh penyatuan ummah
utama

Tamat kerjasama Bersatu perkukuh penyatuan ummah

 
Oleh Salmah Mat Husain |

TANAH MERAH: Keputusan PAS menamatkan kerjasama dengan Bersatu dianggap langkah tepat bagi memperkukuh penyatuan ummah dan membuka ruang lebih banyak parti bersama Perikatan Nasional (PN).

Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, Bersatu berdepan dengan perpecahan menyebabkan parti itu tidak lagi mampu menjadi rakan yang kukuh dalam gabungan pembangkang.

“Bayangkanlah daripada 25 Ahli Parlimen yang mereka ada, enam dipecat dan sembilan lagi digantung.

“Sekarang Bersatu hanya tinggal enam ahli Parlimen sahaja. Kalau sebuah rumah mempunyai 25 batang tiang, tetapi 19 batang sudah dibuang, agak-agak apa jadi rumah itu," katanya pada Konvensyen Reset Malaysia di Kota Harmoni dekat sini petang semaam.

Menurutnya juga walaupun struktur Bersatu di atas masih nampak kukuh, namun akhirnya rumah itu akan roboh.

Beliau juga berkata, PAS juga tidak dapat menerima sikap pemimpin utama Bersatu yang didakwa menghalang kemasukan parti-parti lain ke dalam PN.

“Saya sendiri tidak faham dengan Bersatu. ‘Anak mereka’ pun mereka pukul, ‘anak kita’ PAS pun mereka pukul, di mana Menteri Besar Perlis (Mohd Shukri Ramli) dibuang,” katanya.

Kata beliau PAS berhasrat membentuk sebuah keluarga besar yang lebih kukuh melalui penyatuan ummah dengan kerjasama semua parti politik dalam PN.

“Kita mahu kerjasama dalam PN dibuka kepada semua parti sama ada mempunyai ramai penyokong atau tidak. Dengan cara itu sahaja kita boleh menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Menurutnya juga PAS sentiasa terbuka mengamalkan konsep taawun siyasi dengan mana-mana pihak yang berkongsi aspirasi untuk membina Malaysia lebih baik, selagi tidak bercanggah dengan dasar perjuangan Islam.

Beliau juga berkata, Konvensyen Reset Malaysia membuktikan wujud kesungguhan pelbagai pihak untuk melihat Malaysia bangkit dengan hala tuju yang lebih jelas dan berintegriti.

Sementara itu beliau merakamkan tahniah kepada Parti Wawasan Negara yang diumumkan penubuhannya pada konvensyen tersebut.

Katanya, semangat perubahan, keberanian melakukan pembaharuan dan keutamaan terhadap kepentingan rakyat yang dibawa parti berkenaan memberi keyakinan bahawa Malaysia masih mempunyai potensi besar untuk melakar masa depan lebih gemilang.

“Mudah-mudahan segala usaha ini menjadi langkah awal ke arah lahir sebuah Malaysia yang lebih sejahtera, berintegriti dan dihormati,” katanya.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook