Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Wawasan guna logo PN PRN Johor, Negeri Sembilan
utama

Wawasan guna logo PN PRN Johor, Negeri Sembilan


 Oleh Salmah Mat Husain |

TANAH MERAH: Parti Wawasan Negara yang baharu diumumkan semalam akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penyertaan parti berkenaan dalam kedua-dua PRN itu telah dipersetujui menggunakan lambang gabungan tersebut.

“Parti Wawasan Negara akan bertanding pada PRN Johor dan Negeri Sembilan akan menggunakan logo PN,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Reset Malaysia di tapak ekspo Kota Harmoni dekat sini petang semalam.

Puluhan ribu hadir pada program tersebut yang dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir pengasas Parti Wawasan Negara Dato’ Seri Hamzah Zainuddin; Presiden Gerakan Dato’ Dr Dominic Lau; Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S.P. Punithan, Presiden Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Dato’ Mohamad Ismail dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Dr Ahmad Samsuri juga berkata, mana-mana parti yang mahu menyertai PN termasuk Wawasan perlu melalui proses yang diperuntukkan dalam perlembagaan gabungan berkenaan.

Menurutnya, setiap permohonan akan dibincang dalam mesyuarat dan memerlukan persetujuan majoriti parti-parti komponen PN.

PRN Johor akan diadakan pada 11 Julai dan penamaan calon 27 Jun ini. Manakala PRN Negeri Sembilan penamaan calon 18 Julai dan hari mengundi pada 1 Ogos hadapan.

Sementara itu PN pada kenyataan menyifatkan penyertaan Parti Wawasan Negara mampu memperkukuhkan lagi kedudukan PN menjelang dua pilihan raya negeri berkenaan.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyaksikan lembaran baru PN yang bersama dalam Konvensyen Reset semalam.

“Kehadiran wakil pimpinan utama parti komponen PN daripada PAS dan Gerakan serta ucapan sokongan daripada MIPP menunjukkan keseriusan PN dalam membesarkan lagi perpaduan untuk menuju kepada PRN dan pilihan raya umum akan datang,” katanya pada kenyataan di laman sosial.

Menurutnya juga tontonan siaran langsung di media sosial Konvensyen Reset Malaysia semalam sangat meluas dan turut dikongsi siar pimpinan utama Bersatu.

Katanya, lembaran itu akan diterus demi menyatukan semua kekuatan rakyat di bawah Perikatan Nasional.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook