Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

‘Ayah tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia’ - Firdaus
utama

‘Ayah tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia’ - Firdaus

Oleh Salmah Mat Husain |

BACHOK: Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus kehilangan orang tersayang apabila ayahnya Mohamed Nawi Derahin, 70, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Arwah tiba-tiba rebah di kediamannya di Kampung Tok Burong.

Firdaus berkata, sebelum kejadian, Allahyarham berada dalam keadaan seperti biasa dan berbual dengannya.

"Pada mulanya ayah berbual dengan saya, namun tiba-tiba beliau rebah sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu serta 10 anak. Arwah pernah berkhidmat sebagai Setiausaha PAS Cawangan Tok Bakar.

Menurut Firdaus juga sejak sebulan kebelakangan ini, Allahyarham sering pulang ke kampung asalnya di Kampung Kubang Golok bagi mencari dan bertemu saudara mara serta rakan-rakan lamanya.

"Saya tidak menyangka perbualan kami petang semalam adalah yang terakhir," ujarnya.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Pantai Damat pada jam 10 pagi tadi dan diimamkan anak keduanya Ustaz Khairul Anuar.

Turut menziarahi arwah malam tadi Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan Zamakhsari Mohamad.

Selain itu, Adun Pantai Irama,  Mohd Huzaimy Che Husin; Adun Tawang,  Harun Ismail; Adun  Jelawat, Zameri Mat Nawang; Senator Nik Abduh Nik Abdul Aziz, pimpinan PAS Bachok, Dewan Pemuda PAS negeri dan kawasan.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook