Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Gabungan parti hormat adat potensi jadi pilihan
utama

Gabungan parti hormat adat potensi jadi pilihan

 

SEREMBAN: Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 berlaku ekoran kegagalan kerajaan mengurus krisis dengan bijaksana akibat tekanan politik parti dan ketidaktentuan sokongan.

Ketua Penyelidik, Yayasan Strategik Lestari, Dr Mukhtaruddin Musa berkata, akibat kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangani krisis politik dan institusi diraja menyebabkan PRN terpaksa diadakan.

Sedangkan katanya, ia boleh dielak sekiranya krisis yang berlaku diurus dengan lebih hikmah, cermat dan berlapang dada.

“Ketegangan melibatkan institusi istana dan pentadbiran negeri sepatutnya Menteri Besar mengambil sikap berkecuali serta mengelakkan kenyataan yang boleh dibaca sebagai memihak.

“Sikap sebegini penting bagi memastikan kerajaan negeri dilihat sebagai pendamai dan bukan pihak yang menambah kekusutan,” katanya pada kenyataan.

Pada Jun lepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun dilapor berkata,  kerajaan negeri dan Persekutuan mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Malah, isu serupa ditegaskan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mukhtaruddin berkata, rata-rata pengundi mahu kestabilan kerajaan negeri dan menolak politik yang mengganggu keseimbangan negeri serta tidak sensitif terhadap adat setempat.

Katanya, keadaan lebih parah apabila bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah, yang juga calon PH Paroi menggelarkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, sebagai ‘Undang Lima’.

Beliau berkata, gurauan itu dianggap sebagai tidak menghormati adat dan institusi tradisi.

“Pengundi Negeri Sembilan menilai ia sebagai satu langkah tidak wajar dalam adab politik, penghormatan terhadap budaya, keupayaan menjaga keharmonian serta kesungguhan mempertahankan Islam dan adat yang menjadi nadi negeri.

“Oleh itu gabungan yang dilihat menghormati adat, menjaga keharmonian dan memahami sensitiviti budaya Negeri Sembilan berpotensi menjadi pilihan pengundi,” ujarnya.

Menurutnya juga pada tinjauan di Serting, Pertang dan Paroi, sambutan terhadap jentera PN dan BN dilihat positif kerana pengundi menunjukkan kecenderungan menyokong parti yang menghormati adat, menjaga keharmonian dan mempertahankan Islam.

Bagaimanapun katanya pada realitinya, tidak semua pengundi BN secara automatik menyokong PN di kawasan yang tiada calon BN dan begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, PN-BN perlu menjelaskan kepada ahli dan rakyat alasan mengapa gabungan PN-BN penting pada PRN kali ini.

“Pengundi perlu tahu perubahan hanya mungkin berlaku melalui undi yang tersusun. Jika mesej ini dapat disampaikan jentera PN-BN, peluang menumbangkan PH akan menjadi lebih realistik,” ujarnya.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook