Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kaum pendatang dapat layanan baik di Tanah Melayu
utama

Kaum pendatang dapat layanan baik di Tanah Melayu

 

KOTA BHARU: Presiden MIC (1955-1973) Tun V T Sambanthan pernah menyebut di negara-negara Asia terutamanya Asia Timur, kaum India tidak diterima sebagai penduduk tempatan termasuk di Ceylon dan Burma.

Begitu juga kaum Cina tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.

Bagaimanapun di Tanah Melayu, ketika awal kemerdekaan sejumlah ribuan kaum India dan Cina diterima menjadi warga negara meskipun mereka gagal berbahasa Melayu.

Maka kata Tun Sambanthan, masyarakat Melayu suatu bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib.

Beliau juga menyebut kaum pendatang tidak mendapat layanan politik yang lebih baik selain bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Pemerhati politik Dr Zulkeflee Yaacob berkata, sejarah negara dan bangsa tertera dalam dokumen arkib negara masing-masing melalui undang-undang dan perlembagaan.

Katanya, Melayu sama ada Proto dan Neutro dikaitkan gelombang migrasi manusia asal dari Nabi Adam as bukan teori evolusi Darwin salsilah dari beruk.

“Dimensi genetik Melayu asal usul bertapak disiplin bidang etimologi dan psiokolinguistik era filum sebelum rumpun Melayu dan akhirnya keluarga di Nusantara dan gugusan pulau Melayu atau Hesperanesia,” katanya.

Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikecam pihak tertentu kerana dikatakan menyebut setiap manusia memiliki tanah air sendiri iaitu Cina berasal dari negara China, India dari India dan masyarakat Siam di Thailand.

Bagaimanapun kata Dr Zulkeflee, akibat penjajahan Barat kaum pendatang menjadi sebahagian rakyat Tanah Melayu sebagai syarat kemerdekaan oleh penjajah Inggeris.

Berikutan itu komposisi mengikut kaum di Tanah Melayu iaitu India 8 peratus, Cina, 23 peratus dan bumiputera 68 peratus.

Menurutnya kenyataan Sanusi menyebabkan pemimpin DAP menjadi histeria dengan mendakwa sebagai isu perkauman.

Kata beliau tiada Akta 3R digubal di parlimen, malah pragmatik Melayu Islam dan Bumiputera tertera dalam perlembagaan Persekutuan bawah fasal 3, 152, 153, 160 dan lain-lain.

“Hikmat ujaran Sanusi mengingatkan Melayu dan rakyat bahawa mereka lahir dan hidup bersama kongsi kemakmuran dan jati diri serta pupuk patriotisme dalam kalangan rakyat,” ujarnya.  

Oleh itu, kata beliau pihak yang memutar belit kenyataan Menteri Besar Kedah wajar disiasat polis kerana cuba memadamkan fakta sejarah.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook