Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan benteng keterjaminan makanan negara
utama

Kelantan benteng keterjaminan makanan negara

 
Oleh Damia Hana |

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menetapkan hala tuju yang jelas untuk membina generasi yang menjiwai bidang pertanian sebagai kerjaya masa depan.

Menteri Besar, Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan mahu melahirkan golongan muda yang mahir menggunakan teknologi pertanian moden bagi mengusahakan tanah.

Katanya, bidang pertanian merupakan satu amanah, kerjaya profesional dan ibadah yang menyumbang kepada kesejahteraan ummah.

"Cabaran hari ini bukan kekurangan tanah, tetapi kekurangan generasi yang bersedia mengusahakannya. Oleh itu kita mahu melahirkan anak-anak muda yang menguasai teknologi pertanian moden.

“Mereka juga perlu mempunyai kefahaman mengusahakan tanah merupakan satu amanah, kerjaya profesional dan ibadat," katanya ketika merasmikan Ekspo Tani Kelantan 2026 di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, kerajaan negeri memberi penekanan kepada pembangunan Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang pertanian.

Katanya, Kelantan antara negeri terawal mengintegrasikan latihan teknikal pertanian kepada pelajar institusi pondok dan sekolah tahfiz swasta melalui Kolej Pertanian serta kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

Menurut beliau, pendekatan tersebut memberi kelebihan bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi berasaskan sektor pertanian.

Menteri Besar turut menyaran semua pihak termasuk agensi kerajaan, institusi kewangan, sektor swasta, penyelidik, usahawan tani dan rakyat berganding bahu membangunkan sektor pertanian.

"Saya yakin sekiranya semua pihak bekerjasama, insya-Allah Kelantan mampu memperkukuh kedudukan sebagai negeri agromakanan yang unggul dan menjadi benteng keterjaminan makanan negara.

“Kerajaan negeri sentiasa mengamalkan pendekatan kerjasama yang matang dan sejahtera dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha memperkukuh agenda keterjaminan makanan,” ujarnya.

Menurutnya juga isu keterjaminan makanan merupakan agenda nasional yang melangkaui perbezaan politik kerana melibatkan keperluan asas rakyat.

Kata beliau setiap peruntukan yang diterima sebagai amanah yang mesti diurus secara telus, berintegriti dan memberi pulangan maksimum kepada rakyat.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook