Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kembali kuasa politik Melayu-Islam di Negeri Sembilan
utama

Kembali kuasa politik Melayu-Islam di Negeri Sembilan

PAROI: Kerjasama antara PAS (Perikatan Nasional) dan Umno (Barisan Nasional) di Negeri Sembilan merupakan perkembangan positif yang diharap mampu membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh kuasa politik Melayu-Islam di negara ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, persefahaman yang terjalin selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membolehkan kedua-dua parti kembali berada di pentas yang sama demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

"Saya merakam penghargaan kepada pimpinan Umno Negeri Sembilan atas kerjasama yang terjalin. Malah, ada ketika saya melihat sahabat-sahabat daripada Umno lebih ke hadapan dalam gerak kerja, dan perkara itu amat menggembirakan," katanya pada ceramah Grand Finale Dun  Paroi malam tadi.

Menurutnya matlamat kerjasama PN dan BN bukan sekadar memenangi kerusi pilihan raya, sebaliknya mengembalikan kuasa politik Melayu-Islam sebagai teras pentadbiran Negeri Sembilan.

Kata beliau PAS sanggup melakukan pengorbanan politik kerana mengutamakan kepentingan Islam dan penyatuan umat berbanding parti semata-mata.

Beliau turut mengingatkan cabaran utama negara ketika ini peningkatan fahaman mengenai politik cauvinisme dan perkauman yang perlu ditangani melalui pendekatan berteraskan agama.

"Sejarah tamadun membuktikan Islam mampu mentadbir masyarakat majmuk secara adil tanpa mengira kaum dan agama.

"Prinsip pemerintahan Islam iaitu keadilan, kebebasan dan persamaan. Dakwaan bahawa orang bukan Islam akan dizalimi di bawah pemerintahan Islam adalah tidak benar," katanya.

Beliau juga mengingatkan sejarah kegemilangan tamadun Melayu berkait rapat dengan Islam, termasuk Kesultanan Melayu Melaka yang berkembang selepas menerima Islam sebagai teras dalam pemerintahan.

Katanya sudah tiba masanya rakyat Negeri Sembilan kembali menghayati prinsip "Adat Bersendikan Syarak, Syarak Bersendikan Kitabullah" yang menjadi identiti negeri tersebut.

Beliau turut mengajak pengundi memberi sokongan kepada calon PN Dun Paroi, Haji Kamarul Rizuan Mohamad Zin atau Pak Kam, yang disifatkan sebagai seorang pemimpin berprestasi tinggi dan sudah membuktikan khidmatnya kepada masyarakat pada penggal lepas.

Menurutnya pengundi di Negeri Sembilan hendaklah keluar mengundi beramai-ramai esok bagi memastikan kemenangan calon PN dan BN.

"Marilah kita keluar mengundi dan memberikan sokongan kepada calon Perikatan Nasional dan Barisan Nasional demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih baik," katanya.






MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook