Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kerajaan Madani kekal stabil tanpa BN
utama

Kerajaan Madani kekal stabil tanpa BN

 

KUALA LUMPUR: Retak menunggu belah. Selepas bertembung secara anak jantang pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, kini parti komponen Pakatan Harapan (PH) mahu pimpinan parti itu membuat keputusan terhadap hubungan dengan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Persekutuan.

Kata Pemuda Amanah sudah tiba masanya Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan muktamad mengenainya.

Menurutya pemimpin utama PH perlu menilai semula kerjasama dengan BN demi mengembalikan kejelasan demokrasi.

Pemuda Amanah Nasional Hadi Kanis berkata, PRN Johor membuktikan betapa kelirunya landskap politik hari ini.

Kata beliau di peringkat negeri, PH dan BN saling menyerang untuk meraih sokongan rakyat.

“Namun di Putrajaya, kedua-duanya duduk semeja sebagai rakan kerajaan. Rakyat tertanya-tanya, siapa sebenarnya lawan dan siapa sebenarnya kawan? Tidur sebantal, tetapi mimpi berlainan.

“Lebih mengelirukan apabila muncul kenyataan pimpinan PAS yang menggesa ahlinya mengundi calon BN walaupun calon dari MIC dan MCA dalam beberapa kerusi.

“Ini memberi gambaran bahawa BN tidak teragak-agak menerima sokongan daripada pihak yang pada masa sama menyerang Kerajaan Perpaduan,” katanya pada kenyataan.

Hadi berkata, keadaan itu menimbulkan persepsi BN mengambil kesempatan atas sikap terbuka dan kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan politik mereka sendiri.

Oleh itu tegasnya PH perlu mempertimbangkan semula kedudukan kerjasama tersebut.

“Jika di medan pilihan raya kita terus bersaing sebagai musuh, maka adalah lebih jujur kepada rakyat sekiranya hubungan politik itu diperjelaskan.

“Demokrasi memerlukan persaingan yang telus, bukannya hubungan yang mengelirukan sehingga pengundi sukar memahami mandat yang mereka berikan,” ujarnya.

Kata beliau kejelasan pendirian bukan sekadar soal strategik politik kerana rakyat berhak melihat pendirian yang konsisten.

Menurutnya politik yang jelas akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi dan politik yang kabur hanya menghakis kepercayaan terhadap semua pihak.

“Kerajaan Persekutuan akan kekal stabil dan tenang tanpa BN. Perpaduan tidak bermakna dengan BN sahaja.

"Demokrasi yang kukuh tidak dibina atas kekaburan hubungan politik, tetapi atas kejelasan prinsip, konsistensi pendirian dan penghormatan terhadap mandat rakyat," tambahnya.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook